Boros-Boros Pun, Hujung Bulan Masih Makan Nasi.

 

Adakala kita tidak dapat jangka perbelanjaan kita untuk setiap bulan. Jika bulan lepas cukup, bulan ini belum tentu. Namun, cukup atau tidak itu semuanya bergantung kepada kita. Cara kita menguruskan gaji dan sediakan sedikit simpanan untuk kegunaan masa depan.


Tidak dapat dinafikan setiap daripada kita bukannya semua suka berjimat cermat. Ada juga yang boro dan berbelanja tanpa berfikir panjang, jika mahu makan sesuatu, terus dibeli walaupun duit sudah nyawa-nyawa ikan. Tidak salah untuk memenuhi keperluan atau kehendak takak sendiri asalkan kita tahu hujung bulan nanti pandai-pandailah berjimat.



Ada orang, selepas dapat gaji dia terus membuat simpanan. Kemudian barulah mambuat kira-kira untuk kegunaan bulan tersebut. Ada orang hanya akan simpan jika ada baki perbelanjaan untuk bulan tersebut. Lain orang, lain cara. Tidak kisahlah bagaimana anda menguruskan perbelanjaan anda asalkan hujung bulan tidak berhutang atau makan mee segera.



Jika pada awal bulan anda sudah makan sedap-sedap atau asyik makan di luar, ada sendiri perlu ingat yang hujung bulan nanti makan di rumah sahaja, masak sendiri. Jika pada awal bulan ada sudah static berjimat, hujung bulan nanti bolehlah enjoy sedikit. Selebihnya simpan. Tapi seeloknya terus menyimpan sekurang-kurangnya RM100 setelah mendapat gaji. Jika tidak cukup pada hujung bulan, bolehlah guna.

Kalau boleh cuba istiqamah simpan RM50 setiap bulan tanpa mengeluarkannya. Untuk lebih selamat, bukalah akaun ASB dan simpan di situ secara konsisten. Walau tidak banyak, tetapi jika konsisten boleh dapat hasilnya nanti berbanding tidak membuat simpanan langsung. Apa yang sebaiknya adalah jika setiap bulan, anda masih boleh makan nasi pada hujung bulan walau hanya nasi bujang. Sekurang-kurangnya anda tidak biasakan diri makan mee segera yang ternyata tidak baik untuk kesihatan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,523 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen