5 Panduan Menetapkan Tarikh Perkahwinan Yang Sempurna.

 

Dalam merancang persiapan majlis perkahwinan, antara langkah awal yang perlu dilakukan adalah menetapkan tarikh supaya segala perancangan dapat disusun mengikut tempoh waktu yang ada. Untuk menetapkan tarikh majlis perkahwinan, persetujuan kedua-dua pihak perlulah diperoleh dengan mengambil kira beberapa faktor penting. Beberapa faktor yang perlu diberi perhatian semasa menetapkan tarikh majlis perkahwinan adalah:



1. Persetujuan yang lain.

Kebanyakan orang suka mengadakan majlis perkahwinan semasa cuti sekolah kerana memudahkan ahli keluarga untuk berhimpun bersama-sama. Namun, oleh kerana jemputan majlis perkahwinan yang banyak, kadang-kadang menyukarkan tetamu terutama dari jauh untuk menghadiri majlis perkahwinan anda. Di samping itu, anda juga akan mendapati yang bayaran untuk perkhidmatan majlis perkahwinan seperti makanan, khemah, jurugambar dan set pelamin menjadi mahal. Bukan setakat itu, kualiti perkhidmatan yang diberi juga mungkin tidak setimpal kerana mereka penat memenuhi permintaan pelanggan yang ramai.Alternatif yang lain adalah mengadakan majlis perkahwinan pada hari cuti biasa, seperti cuti hujung minggu ataupun cuti umum. Anda akan lebih mudah untuk memilih dan mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik. Tetapi, anda harus bersedia, kerana biasanya bilangan tetamu yang hadir mungkin akan melebihi jangkaan awal.




2. Faktor cuaca.

Cuaca hujan dan buruk akan mengurangkan kemeriahan majlis perkahwinan anda. Jadi, cubalah untuk menetapkan tarikh majlis perkahwinan di luar musim hujan. Bagi di sebelah barat Semenanjung Malaysia, mungkin tidak menjadi masalah kerana tiada musim tengkujuh dan hujan hanya kadang-kadang di waktu petang. Bagi di sebelah timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, cubalah untuk elakkan musim tengkujuh. Jika tiada pilihan, buatlah majlis pernikahan terlebih dahulu, dan tangguhkan kenduri perkahwinan ke tarikh lain.


3. Tarikh yang cantik.

Sesetengan orang mempunyai impian untuk berkahwin pada hari yang mempunyai tarikh yang cantik, seperti 17.07.17 ataupun 18.08.18. Tidak salah, asalkan saja tarikh tersebut jatuh pada hari dan waktu yang sesuai. Lagipun, memilih tarikh sebegini akan memudahkan anda dan pasangan untuk mengingati ulang tahun perkahwinan.




4. Jurunikah dan saksi.

Tanyakan juga kepada jurunikah dan saksi-saksi anda. Jika perlu, ubah tarikh pernikahan untuk memudahkan jurunikah untuk hadir. Maklumlah, seorang jurunikah mungkin perlu ke sana ke mari untuk memenuhi permintaan orang.


5. Bulan Ramadhan.
Dinasihatkan supaya tidak melangsungkan perkahwinan dekat dengan bulan Ramadhan. Ini kerana, dalam bulan tersebut, suami isteri dilarang melakukan hubungan intim pada waktu siang (dibolehkan pada waktu malam). Larangan tidak melangsungkan perkahwinan dekat dengan bulan yang mulia ini untuk mengelakkan pasangan pengantin baru tidak dapat menahan gelojak nafsu fitrah mereka sehingga menjejaskan amalan puasa dan dikenakan denda kifarah.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,464 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen