Kajian Ini Menunjukkan Berkahwin Dengan Lelaki Muda, Wanita Akan Pendek Umur. Apa-Apa Pun Jodoh & Ajal Itukan Ditangan Tuhan.

 

Bab-bab jodoh ini, memang tak boleh dijangka dan diduga. Ada orang berjodoh dengan mereka yang sebaya, ada pula yang berjodoh dengan mereka yang lebih tua atau lebih muda. Orang kata bab-bab hati dan perasaan ini memang berada di luar kawalan manusialah kiranya.



Namun begitu, tentu anda akan terima sahaja dengan siapa pun jodoh anda kerana sudah miliki rasa cinta bukan. Jodoh ini sama juga dengan ajal, di mana anda tak tahu bila dan bagaimana.



Terdapat satu kajian yang menunjukkan, rahsia umur yang panjang bagi wanita adalah dengan mengahwini lelaki yang sebaya dengannya. Perkahwinan secara umumnya meningkatkan jangka hayat kehidupan seseorang tetapi jarak umur antara pasangan memberikan kesan yang berbeza kepada lelaki dan wanita.

Mengahwini lelaki yang lebih berusia akan memendekkan umur wanita, namun menurut kajian, lelaki yang lebih muda sebenarnya adalah punca utama wanita mati lebih cepat!

Kajian ini didapati daripada rekod perubatan sepasang suami isteri dari Denmark yang mencadangkan agar wanita mengahwini lelaki yang sebaya dengan mereka untuk hidup lebih lama.



Disebabkan rekod kesihatan terdahulu menunjukkan lelaki akan hidup lebih lama jika mereka mempunyai isteri yang lebih muda, maka para pengkaji mengharapkan keputusan yang sama bagi wanita tetapi sebaliknya pula yang berlaku!
Satu kajian dari Sven Drefahl di Institut Max Planck, bahagian Kajian Demografi di Rostock, Jerman menunjukkan bahawa semakin besar jarak umur antara isteri dengan suaminya, semakin pendek umurnya tidak kira sama ada lelaki tersebut adalah lebih muda atau tua daripadanya.

“Wanita yang mempunyai suami yang lebih muda mungkin meninggal dunia lebih awal kerana terpaksa berhadapan dengan stres yang melampau,” katanya.

Menurut laporan Sven di Jurnal Demografi, lelaki antara tujuh hingga sembilan tahun lebih tua daripada isterinya mempunyai kadar kematian yang lebih rendah iaitu sebanyak 11 peratus berbanding lelaki yang mempunyai isteri yang sebaya dengannya.

Bagaimanapun, bagi wanita yang lebih tua daripada suaminya dengan jarak umur antara tujuh hingga sembilan tahun, kadar kematiannya meningkat sebanyak 20 peratus berbading suami yang sebaya dengannya!




Pengkaji pernah menganggap bahawa individu yang lebih sihat mempunyai peluang untuk memilih pasangan yang lebih muda dan secara tidak langsung dapat meningkatkan jangka umur seseorang.

Ini kerana, pasangan lebih muda dapat memberikan kesan psikologi kepada pasangannya yang lebih tua dan dapat menjaga mereka dengan baik pada usia tua, namun kajian Sven membuktikan perkara yang sebaliknya kepada anggapan ini.

Bagaimana? Bagi kami, pasangan lebih muda atau tua tidak penting. Kebahagiaan itulah yang paling utama!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 491,055 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen