Isteri Yang Baik Itu Cerminan Didikan Suami Yang Indah.

 

Setiap orang mengidamkan nak jadi seorang yang baik, kalau isteri tentu dia nak jadi isteri yang baik. Kalau suami tentu juga mahu jadi suami yang baik. Nak menjadi baik untuk memang payah, sebab itu banyak orang berharap agar memiliki pasangan yang baik sebagai jodoh dirinya.



Ini kerana, miliki pasangan yang baik ini mampu membuat anda-anda menjadi seorang yang baik juga. Lagi-lagi jika anda ini seorang isteri. Dengan bimbangan dan didikan suami tentu sahaja anda mampu menjadi seorang yang baik kerana apa, isteri itu cerminan suami seperti yang dikongsi oleh Puan Nur Farhana Fizal.

Sama-sama kita ikuti perkongsiannya.



Sebagai isteri, kita ini cerminan suami. Apa yang kita perkatakan, apa yang kita lakukan dan apa yang kita isyaratkan, semuanya akan menjadi refleksi terhadap didikan suami.

Kalau dulu org sebut, anak siapa la ni. Baik perangai, sopan budaknya. Tapi bila bergelar isteri, kita membawa 'izzah atau maruah suami. Kita membawa wibawa suami kemana-mana.

Cantik pekerti isteri, maka terpeliharalah 'izzah suami. Jika sebaliknya berlaku, maka terbuka lah aib suami tanpa kita sedari. Dalam perbualan orang tentang keburukan kita, termasuk juga nama suami sekali.



Semoga kita terpelihara daripada amarah-amarah serta unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan diri kita, dan sekaligus terkait maruah dan kredibiliti suami kita. Semoga kita dipandu untuk meletakkan akal lebih daripada nafsu.
Jom kita sama-sama usaha, untuk pelihara lisan, kelakuan dan yang pastinya hati serta iman kita untuk suami kita yang merupakan jambatan kita ke syurga. Yang akan menjadi payung kita di mahsyar

InsyaAllah, moga dengan usaha kita menjaga 'izzah dan maruah suami ini, Allah pandang sebagai rahmat yang mungkin menjadi asbab diizinkan ke syurgaNya yang teramat indah di luar batasan akal.

Daripada isteri,
Yang mencuba menjadi yang baik walau terbaik tu jauh sangat lagi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,121 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen