Bila Belakang Dia Bukan Main Berani Tapi Bila Depan-Depan Takut Isteri, Inilah Suami Penyayang Rupanya.

 

Pernah tak korang jumpa lelaki yang bila depan rakan-rakannya dialah yang paling berani sekali. Kalau cakap tentu-tentu sahaja pasal kahwin dua ataupun bab-bab tak takut bini dialah yang paling berani sekali. Tentu sahaja pernah bukan jumpa lelaki sebegini, tapi bila depan isteri bukan main takut lagi.

Ada juga yang depan isteri baik, belakang isteri pun baik tapi dalam diam dia pasangan lagi satu. Aduh, kadang kala macam tak boleh percaya pula pasangan sebegini pula bukan. Nak tahu tak yang lelaki yang berani cakap belakang isteri itu sebenarnya lebih baik dan bagus kalau dibuat suami.



Tak ramai lelaki yang macam ini, tapi kalau ada memang kata-katanya menyakitkan hati tapi bila depan isteri dia yang paling baik sekali. Beruntung kalau dapat lelaki macam ini.

Sebab apa untungnya.

1. Setia.

Dah nama pun takut dekat isteri, tentu sahaja dia hanya akan berani untuk bercakap sahaja, nak buat memang taklah kan. Ini kerana, dia tahu isterinya itu sahaja yang akan terima baik buruknya malah dia tahu isterinya itu sahaja yang tahu apa lemahnya dia. Sebab itu dia lebih memilih nak setia dekat isterinya berbanding orang lain.



2. Sentiasa jaga hati isteri.

Kenapa dia tak cakap depan-depan apa yang dia kata itu, kenapa dia tak lawan je kata isteri itu. Sebabnya dia nak jaga hati isteri dia. Sebab dia tahu, isterinya telah banyak berkorban untuk dirinya. Sebab itulah kalau boleh dia tak nak guris hati isterinya.

3. Hormat isteri.

Dia bukan tak berani nak cakap depan isteri, namun dia lebih memilih nak hormat isteri. Di mana, dengan rasa hormat inilah yang membuatkan hubungan akan lebih bahagia. Bukan apa dia tahu, dia bukan siapa-siapa tanpa sokongan isteri, sebab itu dia akan sentiasa hormat isterinya.



4. Siapa tak sayang bini.

Ini yang sebenarnya, kenapa dia dengan rakan-rakan lain depan isterinya lain. Dia sayang akan isterinya, sebab itu dia nak jaga-jaga semua tutur katanya. Tak naklah cakap sesuatu yang melukakan hati isterinya. Nanti kalau merajuk dia juga yang susah nanti.

Kalau anda jumpa lelaki yang macam ini jangan takut, sebabnya dia adalah seorang yang penyayang terhadap isteri dan anak-anaknya. Mungkin depan orang dia berlagak berani tetapi bila bersama anda dia tahu anda yang paling berharga buat dirinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,502 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen