Bila Korang Dalam Hubungan Yang Matang, Ini Yang Korang Akan Lakukan Di Media Sosial.

 

Bila di media sosial, selalu bukan nampak suami isteri atau kekasih akan saling berkongsi moment bahagia mereka. Sampaikan setiap masa yang lalu di timeline anda itu penuh dengan mukanya bersama pasangannya. Kadang kala naik muak juga tengok akan gamabr-gambar tersebut. Bukan cemburu tak ada pasangan, akan tetapi tak jemu tengok orang yang sama sahaja.

Tapi itu kalau yang selalu muat naik gambar, macam mana pula dengan mereka yang jarang sekali masukkan gambar pasangan mereka. Curang ke mereka ini? Tentu sahaja tidak.



Dalam media sosial ini, ada dua jenis pasangan iaitu mereka yang selalu muat naik gambar mereka, dan satu lagi adalah mereka yang nak sorok pasangan mereka. Tahukah anda bahawa pasangan yang matang hanya akan lakukan 5 perkara ini di media sosial, nak tahu apa? Jom baca ini.

1. Tak selalu tag pasangan.

Selalukan nampak dekat timeline anda itu yang akan ada sahaja pasangan akan tag antara satu sama lain. Sikit-sikit tag, nampak cerita yang sweet dan romantik sikit dia akan tag lagi pasangan dia. Sedangkan, belum tentu lagi pasangan dia akan baca apa yang dia tag itu. Tapi kalau pasangan yang matang tak akan buat macam itu, kalau rasa nak kongsi dengan pasangan dia akan lakukan secara private.



2. Tak kongsi password.

Ramai yang cakap bahawa kongsi password dengan pasangan barulah sweet. Malah ada juga yang kata, kalau dia setia dan tak curang nak takut apa. Sedangkan hubungan yang matang akan tahu bahawa media sosial itu adalah lebih kepada hak peribadi mereka. Kalau berlaku curang atau apa-apa itu adalah pilihan.

3. Tak kerap kongsi gambar pasangan.

Paling jarang pasangan matang buat. Bagi mereka, nak kongsi-kongsi gambar ini tak elok. Mana tahu ada yang tak senang tengok akan mereka kea pa. Adalah lebih baik kalau simpan sendiri je. Nak kongsi sikit-sikit tu boleh lah, jangan sampai orang meluat sudahlah.



4. Puji pasangan.

Pasangan yang matang biasanya akan like sahaja post pasangannya. Di mana, jarang sekali dirinya akan komen gambar tersebut kerana tak nak lah orang lain akan perasan mereka. Cukup sekadar, kalau nak puji pasangan terus direct je dekat pasangan, kan itu pasangannya sendiri bukan orang lain.

5. Tak stalking bekas kekasih.

Masing-masing tak stalking bekas kekasih masing-masing kerana apa, kerana masing sudah move on. Bila tak stalk barulah hubungan lebih bahagia dan tiada hasad dengki.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,752 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen