Amalkan 15 Perkara Ini Kalau Nak Suami Sayang Lebih!

 

Berduit bukan segalanya bila dah sah jadi suami isteri. Paling penting untuk ikat hati si dia, anda hanya perlu jaga 15 perkara ini. Mana yang masih kurang, sila ubah dan gerakkan hati untuk berubah demi masa depan keluarga.



1. Bila suami beritahu yang dia akan pulang lambat, ucapkan terima kasih kerana sekurang-kurangnya dia beritahu.

2. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

3. Sibuk macam mana pun dalam urusan mencari rezeki, telefonlah pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dia buat.

4. Mudah bertegur bila berlaku pertelingkahan. Jangan biar berpanjangan, (elak gaduh lebih sejam) nanti ada pula yang makan hati.

5. Marah macam mana pun jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia makin meningkat. Itu saja cara paling mudah nak ikat CINTA di tempat tidur.



6. Selalulah masak makanan kegemaran suami. Bab ini kena rajin mencuba walau tak begitu tak menjadi. Ingat, air tangan isteri lebih bermakna walau isteri sekadar goreng telur!

7. Amalkan sembahyang berjemaah setiap hari, berdoa dan saling mohon maaf salah silap. Ya, tak semua waktu tak apa, janji ada juga solat bersama.

8. Kena belajar cara memujuk walau anda memang jenis tak suka pujuk orang. Apa salahnya buat orang tersayang gembira dari berduka.

9. Beri pasangan masa berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Haaa... masa ni anda boleh bermanja dan tanya masalah pasangan.

10. Sentisa berdoa pada Ilahi agar dikurniakan rasa kasih berpanjangan dan panjang jodoh.



11. Jaga tempat tidur dan pakaian pasangan, jangan biar kalau bersepah.

12. Belikan hadiah walau harganya murah. Lebih elok hadiah itu adalah barang yang si dia betul-betul nak!

13. Bila suami marah, jangan menjawab. Ini salah satu cara nak ikat jaga hubungan suami isteri. Tolong belajar mengalah.

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak TUJUH KALI setiap hari.

15. Beri peluang pasangan menjelaskan kalau berlaku salah faham. Dan paling penting jangan TIPU walau sekecil-kecil perkara.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,508 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen