Sebelum Nak Puji Orang Lain, Baik Puji Pasangan Dulu, Kerana... Kurangnya Pasangan Adalah Kerana Anda.

 

Bila nampak pasangan orang lain terus je mulut senang nak puji. Bila nampak ada yang lebih dekat orang terus je nak cakap dekat pasangan. Bila ada yang kurang dekat pasangan terus je nak bandingkan dan sindir pasangan.

Inilah yang selalu terjadi apabila dalam hubungan itu taka da rasa bersyukur pun dengan pasangan yang diberi. Asyik-asyik nampak baik orang lain dan nampak buruk pasangan. Sedangkan yang buruk itu adalah diri sendiri bukan pasangan.



Sebelum nak puji orang lain, lebih baik puji pasangan dulu. Sebabnya pasangan ini lebih banyak berkorban untuk anda. Di mana, dia kekal di sisi walaupun tiada orang lain di sisi anda. Dia masih terima anda walaupun orang lain membuang anda. Itulah pasangan.

Sebelum nak puji orang lain itu, cuba lihat dahulu apa yang anda dah buat untuk dirinya. Pernah tak anda membelikan sesuatu yang dia suka? Pernah tak anda membantunya meringakan bebannya? Bahkan pernah ke anda menghargi setiap apa yang dia telah lakukan itu?



Sebelum anda nak puji orang lain, lihat pula apa kurangnya diri anda. Anda mampu ke beri apa yang ada pada orang anda puji itu pada pasangan anda? Anda cukup baik ke dalam menjaganya pasangan hingga anda berhak meminta sesuatu yang lebih darinya?

Selalunya, anda akan memuji orang lain kerana perkara-perkara yang ada pada orang tersebut tiada pada pasanangan anda. Malah, anda rasa pasangan anda ini banyak kurangnya jika nak bandingkan dengan orang tersebut, sedangkan kurang itu datang dari anda, bukan dari pasangan.



Anda tak tahu, saat anda memuji orang lain di hadapan pasangan anda, ada orang lain yang sedang memuji pasangan anda dan menginginkan dirinya. Anda tentu tak pernah terfikir akan hal ini bukan? Ini kerana, anda terlalu sibuk nak fokus dekat orang lain sedangkan apa yang anda miliki itu lebih berharga.

Jadi, sebelum nak puji orang lain, puji pasangan dahulu. Sebelum nak cakap pasangan kita kurang itu ini, cuba lihat diri anda, pernah ke anda mencukupi dia seperti apa yang dia mahukan?

Kekurangan pasangan itu biasanya adalah disebabkan oleh kekurangan anda. Akan tetapi anda tak sedar, yang anda sedar adalah kurang pasangan bukan diri anda. Cuba lihat kembali apa yang anda telah lakukan pada pasangan hingga dia sebegitu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 489,076 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen