Orang Lelaki Memang Tak Kisah Pasal Hal Kecil-Kecil Ini, Orang Perempuan Pula Benda Yang Kecil Pun Boleh Sampai Overthinking. Itu Yang Meriahkan Rumahtangga.

 

Orang lelaki ini memang tak akan pandang pun bab-bab hal yang remah ini, tapi kalau orang perempuan semua perkara dia akan fikiran, itu yang sampai overthinking itu. Bagi lelaki sekecil-kecil perkara itu tak akan menjejaskan apa-apa tetapi bagai orang perempuan, sekecil-kecil perkara itu akan menjejaskan segalanya.

Macam Puan Marliya Ramli kata ini, wanita dan lelaki ini berbeza fikirannya. Sebab itulah dalam perkahwinan ini perlu ada kesabaran yang tinggi, sebabnya ini realiti bukannya macam drama pukul 7 itu.



BERHUHU...

Perkahwinan bukan cam dalam drama dik. Hero faham setiap detik dengupan nafas wanita. Ewah!

Perkahwinan ni perlu saling banyak toleransi dan sabar. Anda ingat mudah ke nak bagi arjuna faham konsepnya pemikiran wanita. Kita dari planet Venus gais!

Arjuna ni Allah ciptakan blur tak hengat. Bagitau lah hampir 20 tahun pun dia tetap tak akan faham..

Bagi dia... What? What? What? Small matter.

Dia tak nampak apa yang kita nampak. Dia tak faham pun kepentingan apa yang kita rasa penting.



Contohnya :

• Make up kita dia tak tau beza pun antara cleanser dengan moisturizer. Toner dengan compact powder? Lipstik dan blusher? Dia anggap sama gais!

• Baju tidur dan baju jenjalan anak pun dia anggap lebih kurang je boleh pakaikan ke pasar malam dan terus masuk Mall. Oh no!

• Tudung yang kita iron dia tak faham nape sesiapapun tak leh masuk ke kawasan tu. Kekadang selamba dia pegi letak baju dia tepi tudung kita. Siap joget-joget Mat Kilau lagi kat situ. Gayat wei!

• Kasut kita pegi pasar lain, pegi jogging lain, pegi kenduri lain, pegi umah mertua lain, pegi umah mak sendiri lain. Dia tak faham gais! Bagi dia kasut is kasut. #apeni

• Susunan botol kicap, sos cili dan sos tiram perlu sederet. Dia selamba je letak botol cuka kat tengah-tengah. Selalu jugak kopi jauh dengan teh dan gula. Adohai...

Lebih lama kahwin, lagi la kena bersabar dengan pasangan. Macam-macam hal.

Sebab arjuna berada dalam planet yang tak sama dengan wanita. Kena faham tu. Cara berfikir ada bahagian terpencil dan tertentu sangat berbeza.



Jangan harap dia nak faham menda-menda yang dia anggap remeh. Mereka diciptakan untuk fokus hal-hal besar. Hal-hal penting. Acah-acah

Itu okay lagi. Paling teruk?

• Kita diet tak makan berpuluh-puluh jam, selamba je dia akan hantar gambar lunch dia. Nasi kandar kari lebih pulak tu! Pergghhhh!!!

Nampak tak kenapa kesabaran penting dalam rumahtangga? Nampak tak?

Tapi jangan pandang sebelah bahagian dan sebelah pihak je. Sebab dia pun sebenarnya bersabar dengan karenah kita juga. Dia rasa kita ni high expectations and too complicated.

Win-win okay? Sama-sama hadap dan hadam sajalah.

Perbezaan hal remeh begini bukanlah masalah sebenarnya. Kalau kita anggap ianya adalah sweet dan alololo.. comelnya suami aku ni. Rasa nak tumbuk je muka tu!

Arjuna dan wanita lahir dari planet berbeza. Maka... kita hanya mampu BERHUHU sajalah!

Salam sayang

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 533,366 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen