Orang Perempuan Akan Makin Merajuk Kalau Lelaki Buat Ini Bila Ada Salah Faham. Lagi-lagi Yang No 5 Itu.

 

Bila cakap pasal merajuk ini, dah tahu dah siapa yang kuat merajuk dan mudah sangat merajuk. Malah kalau dalam salah faham yang tegang sekali pun, eh sempat juga dia merajuk. Haa… inilah orang perempuan, rajuknya itu sebenarnya nak bermanja dengan pasangan sahaja.

Apa yang paling jelas adalah dengan, bila orang lelaki merajuk, bila dia tak dapat pujuk maka dia pun merajuk sekali. Kadang kala comel sungguh gelagat mereka ini walaupun menyakitkan hati sedikit. Namun begitu, apa yang menariknya adalah ini cara mereka nak dapatkan perhatian dan bermanja dengan pasangan mereka ini.



Akan tetapi pernah tak anda berdepan dengan situasi dah pujuk tak jalan tapi si diam akin merajuk? Pernah atau tidak? Nak tahu kenapa dia makin merajuk, mungkin dalam kata-kata anda itu ada ayat seperti ini.

1. Dia akan makin merajuk bila anda kata “ya sudahlah”.

Mungkin bagi dirinya anda tiada niat nak memujuknya pun, sekadar suruh berhenti merajuk dan lupakan apa yang telah berlaku. Orang perempuan cukup pantang kalau disuruhkan apa yang berlaku tanpa selesaikan dahulu.



2. Bila anda kata “habis sekarang ini nak apa lagi?”

Nampak macam tak ada apa-apa bukan, sebenarnya bila dia diam dan tak mengendahkan anda dia hanya mahu anda memujuknya sahaja. Bukannya membiarkan dan bertanya soalan sebegini. Jangan tanya soalan ini pada orang perempuan yang sedang merajuk, nanti makin panjang pula rajuknya.

3. Bila anda kata “kenapa nak marah-marah ini”.

Mungkin bagi anda itu satu masalah yang kecil tak perlu nak pandang serius pun. Tapi bagi orang perempuan semua masalah yang berlaku adalah perlu untuk dipandang secara serius walaupun hal-hal yang kecil. Sebabnya mereka inikan overthinking.



4. “Serba salahlah awak ini.”

Ayat ini nampak macam anda rimas dengan kerenah dirinya. Haaa… Siapa sahaja yang tak sakit hati kalau tiba-tiba ayat sebegini keluar dari mulut orang yang dia sayangi. Kalau anda pun tentu sambung merajuk semula kerana terasa akan kata-kata seperti ini.

5. Diam dan abaikan.

Paling menyakitkan hati bagi orang perempuan sebab anda hanya akan mengabaikan dirinya sahaja tanpa memujuk. Bila anda diam dia pun diam lah juga bukan. Bila anda merajuk dia pun ikut merajuk lah juga.

Orang perempuan ini memang sukar nak difahami kadang kala, kejap macam itu kejap macam ini. Tapi kalau mereka masih nak merajuk lagi ini, itu tandanya dia masih sayang dekat anda lagi. Orang kata hati tak tawar lagi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,665 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen