Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana, Crush Aku Suami Aku.

 

Biasanya perempuan mesti ada crush kan? Tidak kiralah kawan sendiri ke, rakan sekerja ke, malah bos terhadap bos sendiri. Walaupun tidak mempunyai hubungan apa-apa, perempuan yang ada crush terhadap seseorang ni pasti akan bahagia setiap kali melihat crush dia meskipun si dia tidak tahu apa-apa tentang perasaan anda.





Tidak salah meminati seseorang dalam diam tanpa menjejaskan hubungannya dengan orang lain. Namun alangkah indahnya jika crush itu mempunyai perasaan yang sama seperti anda tetapi tidak pernah meluahkan. Kiranya sama-sama crush la tu. Mungkin masing-masing takut atau malu untuk menyatakan perasaan yang terpendam, risau jika si dia sudah berpunya, nanti dikatakan merampas hak orang pula. Walaubagaimanapun, cubalah risik melalui orang lain tentang status hubungan si dia, takut nanti melepas pula.



Banyak pasangan yang saling memendam rasa namun akhirnya mereka disatukan dalam ikatan yang sah. Kiranya tak sia-sia lah dia meminati dan menyimpan perasaan kerana si dia juga sama. Seronok melihat pasangan yang saling mencintai dalam diam. Namun apakan daya perasaan ni bukan boleh sorok lama-lama, nanti akan diketahui atau kantoi juga. Biasanya rakan-rakanlah yang membocorkan perasaan anda terhadap crush, membuatkan crush anda tahu tentang itu. Jika dia mempunyai rasa yang sama, gembiranya tidak terkata, umpama orang mengantuk disorongkan bantal.



Kalau dah jodoh tak ke mana. Begitu juga perasaan yang dipendam, disimpan, jika sudah memang tertulis dialah jodoh anda, lambat atau cepat dia akan dapat hidu perasaan anda terhadapnya, lebih-lebih lagi jika dia juga sudah lama memendam. Tatkala crush anda itu sudah sah menjadi milik anda, pasti kalian sering bercerita tentang perasaan semasa mencintai secara sembunyi-sembunyi dahulu kala. Beruntunglah jika anda dapat apa yang anda idamkan dan cita-citakan, biarpun agak lambat, tetapi berbaloi kerana bukan senang nak pikat hati crush supaya suka pada kita semula.

Tidak semua orang mendapat cinta crush atau orang yang diminati. Namun anda tidak perlu berasa terdesak sehingga tidak menumpukan kepada orang yang mencintai anda. Cintailah orang yang mencintai kita lebih dari kita cinta padanya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,641 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen