Sampai Bila Nak Berkawan & Berkenalan Sahaja. Ini Tanda Bila Si Dia Sudah Bersedia Nak Berkomitmen.

 

Sudah berkenalan, sudah berjumpa tak ada ke niat nak ke hubungan seterusnya. Tentu sahaja ada bukan, kalau kenal lama-lama pun belum tentu buat anda makin faham antara satu sama lain, boleh jadi nanti makin tak kenal antara satu sama lain.

Walaupun malu nak luahkan hasrat hati untuk pergi ke satu langkah lagi, mungkin anda boleh lihat beberapa ciri dahulu sebelum luahkan pada dirinya. Mana tahu anda ini dianggap sebagai rakan sahaja bukannya seseorang yang istimewa.



Jadi nak tahu tak yang dia itu bersedia untuk berkomitmen ataupun tidak? Lihat dahulu akan tanda-tanda ini.

1. Dia ingin lebih tahu akan keluarga anda.

Perkara yang rasanya anda tentu akan lakukan bila menyukai seseorang. Di mana anda ingin kenal siapa keluarga pasangan malah ingin mendekati mereka. Haa… kalau dia dah ada keinginan ini, itu tandanya dia nak kenal anda dengan lebih serius lagilah.



2. Mengajak anda berjumpa dengan keluarganya.

Haaa… ini paling jelas, di mana kalau anda sudah berkenalan dengan keluarganya tentu sahaja dia sudah beri hint kepada anda. Hint apa? Hint untuk anda menghantar rombongan meminang ataupun bersetuju untuk satu hubungan yang serius dan halal.



3. Diam-diam plan sama-sama untuk masa depan.

Berkongsi pendapat mengenai masa depan. Ingin tahu keinginan anda pada masa depan malah dia juga sudah berani memulakan topik perbualan mengenai masa depan tentu sahaja dia ingin terus bersama anda. Jadi kiranya dia nak satu hubungan yang pastilah kalau macam ini.

4. Berusaha mencari wang dan stabilkan kerjaya.

Bila dia sudah mula melakukan ini tentu dia sudah memiliki perancangan. Di mana dia mahu pasanganya selesa hidup dengannya pada masa akan datang. Malah dia juga sedang berusaha untuk mencari wang demi menghalalkan anda. Walaupun tak beritahu tapi kalau anda nampak usahanya boleh faham bukan.



5. Tanya ukuran cincin.

Paling-paling jelas, bila dia dah tanya ukuran cincin itu maknanya apa? Tentu dia nak melamar anda. Tinggal tunggu masa je itu. Sabar sikit okay!

Berkawan dan berkenalan lama-lama pun tentu inginkan perkara ini bukan. Jadi tunggu sahaja, masanya akan tiba.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 488,300 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen