Belajar Terima Sikap Sebenar Pasangan Selepas Kahwin, Baik Atau Buruk, Dia Lah Orang Yang Sanggup Terima Diri Anda.

 

Sebelum berkahwin dan selepas berkahwin, boleh jadi pasangan kita ini akan jadi orang yang berbeza. Kalau sebelum kahwin anda lihat dia seorang yang kemas, boleh jadi lepas kahwin dia sebenarnya sebaliknya. Begitu juga dengan kalau belum kahwin mulut manis dan lemah lembut tak mustahil bila dah kahwin akan jadi garang macam singa.

Tapi itulah perkahwinan, semakin lama anda bersamanya semakin anda kenal dirinya dengan lebih mendalam. Namun begitu, itu bukan penghalang untuk anda terus mencintai dirinya. Adalah lebih baik kalau anda belajar baik buruk pasangan anda. Apa pun yang terjadi dia itu pasangan anda, orang yang sudi penerima anda seadanya.



Hadapi penuh kesabaran itulah kunci hubungan yang bahagia, namun begitu jangan lupa untuk lakukan ini sekali.

1. Nilai kelemahan pasangan dan terima dengan hati terbuka.

Tiada seorang pun di dunia ini akan begitu sempurna. Kalau anda pilih yang lain tentu akan ada kurangnya juga. Maka dengan itu, adalah lebih baik kalau anda ini menerima kelemahan pasangan dengan hati yang terbuka. Malah anda juga yang menjadi pelengkapnya yang mana akan menyempurnakan hubungan.



2. Jangan jadikan itu sindirian.

Dirinya pun belum tentu inginkan kekurangan tersebut, jadi jangan pula anda menyindir dirinya dengan kata-kata yang melukakan hati. Belajar untuk terima malah jangan lupa berikan kata sokongan. Sedangkan itulah yang patut pasangan lakukan.

3. Bersikap lebih terbuka.

Anda perlu tahu disebalik kekurangan itu tentu ada kelebihan yang dia miliki. Jangan disebab kekurangan dirinya, anda pula menjauhkan diri. Cuba untuk lebih terbuka akan kekurangan dirinya barulah anda boleh lihat mana kelebihan yang ada padanya.



4. Jangan mendesak.

Bila mana anda mahu dia buang segala kelemahan dirinya, jangan mendesak untuk dia lakukan itu. Itu bukan kemahuan yang dia mahukan. Adalah lebih baik jika anda mendesak diri anda untuk menerima dirinyaseadanya. Bukankah lebih elok.

5. Bimbing dan jadi contoh yang terbaik.

Paling penting dalam belajar terima kekurangan pasangan anda dengan menjadi contoh dan pembimbing terbaik buatnya. Dari situlah dia akan belajar perbaiki dan menjadi sempurna di mata anda. Apa yang penting mulakan dari diri anda.

Jangan lupa anda juga bukan seorang yang sempurna, jadi mengapa inginkan yang sempurna kalau anda pun banyak kurangnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,428 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen