Bila Dah Kahwin Nanti, Isteri Jangan Manjakan Suami Sangat. Terutama Bab Nafkah & Tanggungjawab.

 

Belum-belum kahwin lagi ramai yang pesan dekat anak-anak dara bahawa bila dah kahwin nanti jangan nak manjakan suami nanti. Jangan nak bagi muka sangat dekat suami. Orang lelaki bila dah bagi muka, macam-macam nanti ambil kesempatan.

Ini yang buatkan orang perempuan bila nak kahwin je mula fikir, tak boleh nak manjakan suami tak boleh nak itu ini dengan suami. Dah jadi satu jurang pula yang terbentuk antara suami isteri itu. Yang nak kahwin ini kena faham dengan apa yang dimaksudkan jangan manjakan suami.



Manjakan suami di sini bukan yang tak boleh belai suami, pelukan mesra, bermanja dan pelbagai lagi. Itu bukan bermaksud manjakan suami tetapi lebih kepada saling bermanja antara satu sama lain. Yang ini biasalah kan bila dah kahwin tak akan nak halang pula.

Akan tetapi maksud manjakan suami di sini adalah dari segi tanggungjawab mereka sebagai suami isteri itu sendiri. Di mana, dari segi pemeberian nafkah, lakukan kerja rumah serta mendidik anak-anak. Mungkin ada yang cakap semua itu boleh buat sama-sama.

Tak salah nak buat sama-sama, memang digalakkan pun. Akan tetapi bab tanggungjawab macam beri nafkah, tempat tinggal, serta makan pakai itu lebih berpihak kepada suami iaitu ketua keluarga. Kalau ketua keluarga dah goyang macam mana dengan isi dalamannya pula.



Nak manjakan itu tak salah tapi jangan lakukan ini.

1. Jangan tanggung suami, nak-nak lagi jika suami ini seorang yang tak berkerja. Jadi segala isi dalam rumah, makan pakai serta susu anak-anak semua bawah tanggungan si isteri. Apa yang suami buat dekat rumah? Tentu sahaja lebih kepada tidur tanpa mempedulikan apa-apa.

Jangan disebabkan cinta yang telah lama, anda pejamkan mata semata-mata sayang dan takut hilang suami, tetapi bagaimana dengan tanggungjawab sedangkan itu tugas mereka.



2. Sekarang ini boleh lihat bahawa rata-rata isteri akan berkerja. Jadi apabila isteri bersedia untuk berkongsi wang gajinya pada suami maka suami akan mula melupakan nafkah buat isterinya. Walaupun dengan RM50 pun kadang kala suami tak beri dengan alasan isteri berkerja serta gaji isteri lebih besar. Sedangkan suami tak berhak ke atas duit isteri dan isteri pula berhak ke atas duit suami.

3. Yang ini paling selalu lihat, di mana berkongsi duit belanja. Haa… tak salah pun nak kongsi duit belanja itu. Tetapi adalah lebih bagus kalau suami dahulu yang uruskan semua perbelanjaan, bila tak cukup barulah isteri tolong topup. Ini kalau kongsi, suami akan ambil kesempatan atas isteri, jadi dahulukan dulu duit suami kemudian baru isteri.



Sebelum berkahwin, mungkin nampak perkara ini macam remeh dan orang perempuan selalunya berlembut hati dengan perkara ini. Namun, lama kelamaan, ia akan menjadi duri dalam perkahwinan kalian.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,853 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen