Betul-Betul Nak Cari Pasangan Yang Tepat Di Dating Online, Ini Cara Yang Perlu Anda Tahu.

 

Bila cakap mengenai mencari jodoh melalui application online ini, tentu sahaja aka nada yang bermain teka teki dengan diri sendiri. Nak-nak mereka yang takut-takut nak cuba. Apa yang selalu bermain difikiran mereka?

• Boleh percaya ke?
• Macam mana kalau kena tipu?
• Boleh jumpa jodoh ke, ataupun mesin yang balas?

Pernah tak tak anda terfikir akan perkara ini? Tentu sahaja bukan. Tapi itulah orang kata, belum cuba belum tahu. Ramai sahaja yang berjaya mencari pasangan seperti yang diinginkan dalam laman mencari jodoh ini, namun itu semua bergantung kepada kemahuan anda.



Jadi kalau betul anda nak cari pasangan melalui laman mencari jodoh, apa yang perlu anda lakukan?



1. Cari laman yang boleh dipercayai.
Pilih yang boleh dipercayai, ini yang paling penting. Di mana, semuanya mempunyai memang nak mencari jodoh betul-betullah bukan sekadar nak kenal-kenal sahaja. Biasanya akan ada laman cari jodoh yang betul-betul pengikutnya adalah mereka yang mempunyai keinginan untuk bekahwin.

2. Jangan nak lihat penampilan sahaja.

Perkara yang paling dilihat oleh sesiapa sahaja, tentu sahaja akan melihat penampilan terlebih dahulu. Ini kerana, setiap orang mahukan pasangan yang sedap mata memandang bukan. Namun begitu, jangan hanya cari yang cantik, lawa, kacak dan ada rupa sahaja. Cuba sekali sekala pandang hati pula. Mungkin kurang bab rupa tapi si dia betul-betul serius dengan anda, siapa tahu bukan?

3. Buat kesimpulan sendiri, adakah dia pasangan yang menarik.

Perbualan itu hanya berlaku antara kalian berdua sahaja, maka dengan itu tentu sahaja anda mahu tahu adakah dia pasangan yang sesuai atau menarik di mata anda. Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan membuat kesimpulan secara peribadi berdasarkan perbualan yang telah kalian lakukan berdua.



4. Jangan dekati mereka yang suka bangga diri.

Bila kalian saling bertukar soalan untuk kenal lebih lanjut, tetapi dia pula seperti bangga diri dan ingin menunjuk kepada anda. Sebagai contoh, anda tanya kerja apa, akan tetapi dia menyatakan pangkat serta gaji yang dimilikinya. Orang seperti ini hanya akan penting diri mereka sahaja, jauhi mereka.

5. Jangan mudah cair dengan kata-kata manis.

Kalau dia kata anda cantik, anda kacak… haa…. Ini kena jaga-jaga ini. Boleh jadi itu bukan datang dari hati tetapi sekadar di bibir sahaja. Bahkan dia belum tentu nak kenal anda secara serius, nak main-main pun ya.

Laman cari jodoh ini bukan tak boleh percaya, tentu sahaja boleh dan ramai yang berjaya. Yang membezakannya bagaimana anda usaha anda untuk mencari pasangan itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,121 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen