Jangan Dibiarkan Sedih Itu Berpanjangan.

 

Hidup kita takkan pernah terlepas dari ujian. Allah SWT turunkan macam-macam ujian untuk menilai sejauh mana kekuatan iman seseorang. Ada waktu kita suka dan ada waktu kita bersedih. Ketawa bila gembira, menangis bila bersedih. Tak ada salahnya pun sebab kita manusia biasa dan ini adalah sebahagian lumrah yang kita kena lalui. Cuma kadang-kadang, perasaan sedih itu lebih kuat mengusai hati dan mudah dirasai. Antara contoh musibah yang selalu menimpa manusia ialah kesakitan, kematian orang yang disayangi dan sebagainya.



Firman Allah SWT;

'Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita' (QS At-Taubah 9:40)

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah SWT ada bersama dengan kita. Sebaiknya hadapi dengan adab-adab yang sesuai bila berdepan dengan masalah.

Istighfar.

Pertama sekali, istighfar dulu kepada Allah. Ini mampu buat anda buat anda tenang seketika sebelum fikirkan langkah yang seterusnya.

Siasat terlebih dulu.

Kalau masalah anda melibatkan orang ketiga, sebaiknya anda siasat dulu kesahihan tentang apa yang terjadi. Sifat manusia ada yang baik ada yang jahat. Pastikan anda tak mudah tertipu dengan cerita orang tanpa bukti.



Sabar dan tabah.

Memang berat dugaan yang melanda, tapi sabar dan solat adalah kunci untuk anda berjaya. Tabahkan hati. Bila anda berjaya amalkan sikap ini, pasti anda tak merungut lagi bila ditimpa sebarang musibah.

Fikir positif.

Jangan sesekali rasa masalah anda tak mampu diselesaikan. Fikir positif. Ujian adalah tanda kasih sayang Allah SWT pada hambaNya. Tanpa dugaan, anda takkan jadi kuat seperti sekarang ini.

Redha.

Akhir sekali, terima ujian ini dengan hati yang terbuka. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bila anda terima takdir ini, inshaAllah anda akan terima pahala berlipat ganda. InshaAllah kesedihan anda akan diganti dengan kegembiraan selepas ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,641 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen