Lelaki Semakin Berumur Semakin Kacak, Eh Betul Ke?

 

Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki akan kelihatan lebih kacak dan bergaya apabila umur semakin meningkat. Berbeza dengan wanita yang kelihatan lebih cantik semasa muda remaja. Kata orang, lelaki ni semakin berumur semakin naik saham. Betul ke?



Sebenarnya itu hanya tanggapan orang kita terhadap kebanyakan lelaki yang sedemikian. Rata-rata lelaki terutama yang berkerjaya sememangnya akan lebih menjaga penampilan meskipun sudah berusia. Tambahan pula jika bidang kerjanya adalah bisnes, mana taknya, kerap kali kena jumpa client, takkan nak pakai selekeh-selekeh. Secara tidak langsung, apabila lelaki berusia mengenakan pakaian seperti orang muda, pastinya dia kelihatan lebih kemas dan bergaya seperti orang muda juga.



Kita biasa lihat lelaki apabila umur sudah meningkat terasa malas hendak menggayakan penampilan seperti dulu, lebih selesa memakai baju longgar dan sebagainya. Namun jika si dia sejenis yang mementingkan penampilan, pastinya dia juga mengikut trend terkini yang digayakan oleh anak muda seperti pemilihan baju yang fit dan up-to-date. Jika sudah berpenampilan begitu, sudah pasti orang sekeliling juga berteka teki tentang umurnya.



Lain pula dari sudut isteri yang melihat. Terasa tergugat juga melihat suami berpenampilan seperti orang muda, ya lah sekarang ni suami orang pun boleh jadi rebutan, tidak kira tua atau muda. Namun begitu, sebagai suami perlu ingat pada isteri yang memberi kelonggaran kepada anda untuk berpenampilan sebegitu. Jika dia tidak izinkan dan memberi sokongan, sukar juga nak pakai macam orang muda ni. Jadi, beringat-ingatlah sebelum timbul isu lain pula gara-gara penampilan itu sendiri.

Walau apapun, sebenarnya penampilan itu adalah pilihan masing-masing sama ada mahu kelihatan lebih muda atau mengikut sahaja arus masa.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 488,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen