Proses Memaafkan Seseorang Yang Melukakan Hati Anda, Bagus Untuk Kesihatan Mental Rupanya.

 

Bila satu hubungan tak menjadi dan membuatkan kalian berpisah, tentu sahaja salah seorang akan menyimpan perasaan tak puas hati. Nak-nak lagi kalau perpisahan itu berpunca kerana ada kecurangan dan penipuan. Selalunya memang akan rasa tak puas hati sangatlah.

Sampaikan, rakan-rakan pun akan diajak untuk membenci bekas kekasih anda itu, walaupun tiada kena mengena langsung. Malah ada juga yang sanggup tak memaafkan bekas kekasih kerana membuat hatinya terluka.



Bekas kekasih tentu sahaja orang yang pernah melakukan kesilapan dan melukkan hati anda, namun begitu ia tidak bermakna anda perlu membenci dirinya dan tidak memaafkan perbuatan dirinya. Adalah lebih elok kalau bermaaf-maafan.

Tentu sahaja tak boleh bukan? Nak berpisah secara baik pun belum tentu ramai yang boleh lakukannya, begitu juga dengan selepas berpisah menjadi rakan. Namun begitu, tahukah anda bahawa memaafkan seseorang itu sangat bagus untuk kesihatan mental anda. Nak-nak lagi selama proses nak memaafkan dirinya itu anda lakukan dengan kesungguhan dan anda ingin bebas dari perasaan yang tidak membahagikan ini.

Walaupun payah dan perit untuk melupakan dan memaafkan perbuatannya yang lalu, apa kata cukup sekadar anda memaafkan tapi tak perlu melupakkannya.

Susah nak maafkan, apa kata anda cuba lakukan ini.



1. Luahkan perasaan anda

Luahkan apa yang tak puas hati sangat anda terhadap hubungan yang tak menjadi itu. Luahkan sampai puas hati anda kepada dirinya. Tapi kalau dia tak nak dengar, luahkan je dekat sesiapa yang sudi mendengar. Yang penting lepas itu anda puas hati.

2. Kenali kemarahan anda

Setiap orang ada kemarahan yang tertentu terhadap hubungan lalu. Anda marah dirinya sebab berlaku curang, kecewakan anda atau apa-apa sekali pun sebabnya pastikan itu betul-betul salah dirinya. Bukannya anda marah sebab menyesal putus dengannya dulu.



3. Cuba untuk berempati.

Haaa…. Memang payah sebenarnya nak berempati dekat orang yang menyakiti hati anda. Namun begitu, cuba fikir akan kebaikkan yang ada. Selalunya kalau hubungan tak menjadi ini sebab nak dapat jodoh yang lagi baik serta dia itu bukan orang yang baik buat anda. Mudahkan.

4. Puji diri sendiri.

Paling penting, ini juga membantu anda untuk move on. Puji diri anda dengan kata-kata semangat macam, anda berjaya jumpa yang lain bagi, sekarang ini bebas nak buat apa sekali pun, anda lagi lawa dari kekasihnya atau apa-apa yang anda rasa anda lebih bagus dalam hal tersebut. Lama-lama anda rasa dia itu tak ada apa-apa pun dekat anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 492,849 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen