Bukan Wanita Sahaja Dahagakan Pujian, Lelaki Pun Sama. Bila Kena Puji Sekali Tentu Senyum Sampai Ke Telinga.

 

Bukan orang perempuan sahaja yang sukakan pujian, yang lelaki pun sukakan pujian juga. Mana tidaknya, pujian ini bantu seseorang itu lebih yakin malah terasa dihargai. Sebab itulah, semakin lama hubungan yang terjalin maka perlulah setiap pasangan rajinkan diri untuk memuji.

Namun begitu, selalunya orang lelaki ingat wanita sahaja dahagakan pujian tetapi sebenarnya kalau mereka ini dapat pujian pun boleh sampai lupa diri. Eh, tapi yang penting pujian ini penting dalam hubungan.



Kadang kala tak salah pun menipu pasangan sebab nak puji dirinya sahaja. Tapi kalau anda tak tahu macam mana nak puji orang lelaki, boleh gunakkan beberapa contoh seperti ini.

1. “Saya terasa selamat di sisi awak.”

Seorang lelaki selalunya suka jika dirinya dianggap pelindung oleh mereka yang dikasihinya. Ini kerana, dia merasakan bahawa kehadirannya dihargai dengan baik. Nak-nak lagi bila anda kata bahawa anda selesa, terasa selamat ataupun dia melindungi anda, kata-kata ini nampak ringkas tapi ia bermakna buat lelaki.



2. “Menurut saya sifat awak yang…… sangat menarik.”

Memuji sifat pasangan ini juga salah satu perkara yang disukai lelaki. Ini kerana, dia merasakan bahawa anda lihat akan keikhlasan dirinya dan merasakan itu kelebihan yang dia miliki. Jadi dia akan rasa lebih yakin dan kerap serlahkan sikapnya itu.

3. “Saya beruntung miliki awak dalam hidup saya.”

Rasa dihargai malah rasa seperti anda begitu berterima kasih akan keberadaan dirinya di sisi anda membuatkan dia rasa seperti anda menyayangi dia. Bukan mudah nak luahkan perasaan begini kerana, semua orang biasanya lebih memilih untuk mengabaikan perkara sebegini.



4. “Kenapa pakai handsome-handsome ni.”

Siapa sahaja yang tak cair dengan pujian seperti ini. Jika anda memuji seperti ini, ia akan membuatkan anda kelihatan seperti cemburu dan rasa takut kehilangan dirinya. Ramai lelaki suka pujian ini.

5. “Awak tersangat sesuai dengan baju ini.”

Satu lagi pujian yang disukai lelaki. Jika satu gaya itu sesuai dengan dirinya dan mendapat pujian dari anda, tentu sahaja dia akan kekal dengan gaya itu.

Tak susah pun nak puji orang lelaki ini. Walaupun kadang kala mereka ini berat mulut nak puji anda, apa kata anda yang mulakan dahulu dengan memuji mereka terlebih dahulu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,490 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen