Kalau Suka Seseorang Berlebihan Pun Kadang Kala Merimaskan Juga, Ini Cara Atasinya.

 

Dear my crush, tengah buat apa itu? Menyukai seseorang ini memang sukar nak sembunyikan daripada orang ramai. Teringat-ingat namanya malah dia sentiasa berlegar difikiran anda, itu yang membuat anda tak berhenti memikirkannya. Itu belum lagi percubaan nak mendekati dan segala usaha yang anda tunjukkan kepadanya.

Tapi itulah, bukannya tak boleh nak suka akan seseorang. Perasaan itu bukan boleh dipaksa atau dikawal. Namun kalau terlalu berlebihan nanti orang makin rimas dan tak suka pula dengan kehadiran anda. Nak-nak lagi kalau perasaan anda itu jelas bahawa anda menyukai dirinya.



Bertenang, orang kata kalau dah jodoh tak ke mana bukan. Ini cara untuk anda kawal perasaan anda.

Perkara yang paling utama anda perlu lakukan adalah, jangan terlalu nak stalk sangat si dia itu. Mute segala insta story, whatsapp status, facebook dan segalanya yang berkaitan dengan dirinya. Kalau anda selalu tengok dirinya, itu yang membuat anda tak mampu nak kawal perasaan diri anda.



Paling perlu dilakukan adalah jangan ganggu ruang privacynya. Jika anda berjumpa dengannya adalah lebih baik kalau ia kebetulan jangan sengaja untuk dirancang. Bukan apa kalau anda sengaja merancang ia akan kelihatan anda begitu menyukainya hingga merimasakan dirinya. Mungkin niat anda ingin membuat dia tahu akan kewujudan anda namun kalau keterlaluan tentu tak seronok bukan.

Part yang paling jelas adalah, anda akan suka untuk bercerita mengenai dirinya. Eh, jangan mudah sangat nak berkongsi dengan rakan-rakan anda. Lagi-lagi mengenai hubungan cinta bertepuk sebelah tangan ini. Kalau rasa nak cerita apa-apa baik tahan dulu mulut itu.



Don’t be too obvious! Kalau dia memang suka anda pun kalau anda berlebih-lebih pun boleh jadi hilang rasa suka pada diri anda. Adalah lebih baik kalau ia bersederhana dan tidak keterlaluan. Keterlaluan ini merimaskan okay, jadi jangan cuba lakukan kalau nak buat dia berkenan dengan diri anda.

Biasanya orang kalau dah suka akan seseorang itu memang berharap kalau si dia itu perasaan akan kewujudan diri anda, akan tetapi kalau ianya mengganggu dirinya hingga timbulkan rasa tak selesa tentu sahaja tak seronok bukan.

Tak salah untuk menyukai seseorang tetapi jangan keterlaluan!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,038 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen