Detox Hanya Menggunakan Asam Keping, Jimat & Murah. Bakal Pengantin Kena Cuba Ini.

 

Selalunya kalau cakap pasal asam keping ini tentu sahaja akan terbayang masakan asam pedas, singgang laksa dan macam-macam lagi lah. Tapi rupanya asam keping ini bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan nak buat detox dalam badan pun boleh juga rupanya.



Seperti yang diamalkan oleh Ummi Syauqina yang telah mengamalkan minuman ini kerana ia bagus untuk pembuangan air besar. Ikuti perkongsiannya.

Nak share satu pertua detox yang senang dan sentiasa ada kat dapur.

Asam keping direndam dengan air suam lepas itu minum airnya. Dah sedikit air dalam cawan boleh tambah dan minum macam air masak.



Alhamdulillah memang sangat bagus untuk cuci usus, yang susah dan tak lawas buang air besar lepas minum ini akan mudah dan sangat sesuai untuk yang dalam pantang, haid. Alhamdulillah Ummi dalam pantang memang mak bagi minum air ini sahaja nak buang air besar dah tak perlu risau.

Maaf seandainya pos ini tak sesuai admin boleh delete ya, mohon jangan kecam. Niat nak share benda baik dan ramai cuba minum air ini dan alhamdulillah semua kata bagus.

Asa keping boleh beli dekat mana-mana kedai runcit, insya Allah ada. Ada tak yang amalkan minum air asam keping ini?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,362 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen