Bakal Pengantin Yang Amalkan Cuka Epal Boleh Miliki Badan Idaman Serta Gigi Yang Putih. Yang Bukan Bakal Pengantin Pun Boleh Cuba Juga.

 

Selalu bukan kita dengar akan amalan meminum cuka epal ini bagus untuk kesihatan tubuh badan, akan tetapi pasti anda ragu-ragu nak amalakan kerana bimbang kalau ia memudaratkan. Walaupun banyak kali baca mengenai kebaikan yang ada, tetapi amalan cuka epal ini tetap menakutkan bagi mereka yang ingin mencuba.

Tahukah anda, pengeluar cuka epal memerlukan sebanyak 36 biji epal untuk menghasilkan 1 gelen cuka epal dan dan pada abad ke 19, ia diiklankan sebagai penawar bagi penyakit gout? Disebabkan cakap-cakap mengenai khasiatnya inilah yang membuatkan ramai individu menggunakan alternatif cuka epal sebagai penawar untuk pelbagai masalah kesihatan. Tetapi adakah ia benar-benar berkesan terhadap kecantikan dan kesihatan tubuh? Ingin tahu lebih lanjut berkenaan khasiat cuka epal? Teruskan pembacaan anda menerusi penulisan di bawah.


Apakah sebenarnya cuka epal?

Cuka epal diperbuat daripada cider dan mempunyai warna kuning pucat. Sepertimana jenis cuka yang lain, ia mempunyai rasa yang masam disebabkan oleh kehadiran asid asetik (acetic acid) dan asid malik (malic acid). Cuka epal dihasilkan melalui proses penapaian dua peringkat. Peringkat pertama, epal dipotong atau dihancurkan dan dicampurkan dengan yis untuk menukarkan gula daripada epal menjadi alkohol. Manakala di peringkat kedua, bakteria ditambah untuk menapai alkohol menjadi asid asetik. Penghasilan cuka epal secara tradisional mengambil masa kira-kira sebulan. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pengeluar mempercepatkan proses tersebut sehingga hanya memerlukan waktu selama sehari sahaja untuk menghasilkan cuka epal.



Asid asetik adalah komponen aktif utama cuka epal. Ia juga dikenali sebagai asid etanoik yang merupakan sebatian organik dengan rasa masam dan bau yang kuat. Istilah asetik berasal daripada perkataan acetum, perkataan Latin yang bermaksud cuka. Kira-kira 5 – 6% daripada kandungan cuka epal terdiri daripada asid asetik. Ia juga mengandungi jumlah air dan sedikit kandungan asid lain seperti asid malik. Satu sudu (15 ml) cuka epal mengandungi kira-kira tiga peratus kalori dan hanya sedikit kandungan karbohidrat.

Cuka epal ini juga telah digunakan semasa Perang Saudara dan Perang Dunia Pertama untuk merawat luka-luka tentera yang tercedera semasa berada di medan peperangan. Pahlawan Samurai Jepun turut dikatakan meminum cuka epal untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan tubuh mereka.

Apakah khasiat cuka epal terhadap kecantikan dan kesihatan?

Khasiat cuka epal 1: membantu menurunkan berat badan

Kesan yang diberikan oleh cuka epal dalam menurunkan berat badan boleh dikaitkan dengan kehadiran asid asetik didalamnya, yang boleh mengganggu keupayaan tubuh untuk mencerna kanji. Apabila hal ini berlaku, lebih sedikit jumlah makanan yang dipecah menjadi kalori dalam aliran darah dan ini boleh memberi kesan kecil terhadap berat badan anda. Tetapi, terdapat satu perkara yang perlu anda ingat – terlalu banyak asid asetik dapat merosakkan tekak anda. Oleh itu, cara terbaik adalah dengan mencampurkan satu sudu cuka epal dengan kira-kira 250 ml air dan ambil sebelum makan. Cuka epal boleh menghalang beberapa kanji daripada diserap, walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda boleh memakan apa sahaja tanpa had.

Terdapat satu kajian yang dilaksanakan di mana tikus yang didedahkan kepada cuka epal telah didapati terdapatnya peningkatan enzim yang dipanggil AMPK yang terdapat di dalam badan tikus tersebut. Enzim ini meningkatkan pembakaran lemak dan mengurangkan pengeluaran lemak di dalam hati. Walaupun kesan yang sama terhadap manusia masih lagi dalam kajian, penemuan ini kelihatan sangat menjanjikan. Satu lagi kajian yang telah dijalankan di Jepun mendapati bahawa asid asetik dapat menekan pengumpulan lemak tubuh. Asid asetik dalam cuka epal juga berkemampuan untuk mengurangkan selera makan, yang membawa kepada penurunan berat badan yang sihat.



Khasiat cuka epal 2: mengekalkan tahap gula darah

Gula darah yang tinggi dan diabetes kini menjadi penyakit “pembunuh” utama di dunia. Walau bagaimanapun, dengan penggunaan cuka epal, seseorang individu mungkin boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa diabetes yang seterusnya. Kesan anti-glisemik daripada cuka epal boleh dikaitkan dengan keupayaannya untuk menghalang sebahagian daripada kanji daripada dicerna dan menurunkan paras gula darah anda. Walau bagaimanapun, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu berkenaan perkara ini. Persatuan Diabetes Amerika turut menyatakan bahawa, pengambilan cuka pada waktu tidur boleh memberi kesan kepada kepekatan glukosa dalam kalangan pesakit yang mempunyai penyakit diabetes jenis 2.

Khasiat cuka epal 3: merendahkan tekanan darah

Cuka epal membantu mengimbangi tahap pH badan, yang membantu menurunkan tekanan darah. Cuka epal juga memecahkan simpanan lemak dan kahak dalam badan dan ini membantu peredaran darah yang lebih baik selain mengurangkan tekanan terhadap dinding arteri. Ciri-ciri anti-hipertensi cuka epal juga boleh dikaitkan dengan kandungan kaliumnya yang tinggi yang mana kalium berfungsi mengurangkan kesan negatif natrium atau garam pada tekanan darah.

Khasiat cuka epal 4: merendahkan kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung

Seperti mana kajian yang telah diterbitkan dalam Pakistan Journal of Biological Sciences, tikus yang diberikan dengan cuka mengalami pengurangan LDL (kolesterol jahat) dan mengalami peningkatan HDL (kolesterol baik). Selain itu, epal juga mengandungi pektin, jenis serat yang didapati menurunkan tahap kolesterol.

Oleh kerana pembuatan cuka epal terhasil daripada buah epal, penggunaannya mungkin membantu menurunkan kadar kolesterol. Seperti mana yang kita ketahui, pengurangan kadar kolesterol juga bermakna risiko penyakit jantung adalah lebih rendah. Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh Harvard School of Public Health, wanita yang menggunakan cuka sebagai dressings salad didapati memiliki risiko penyakit jantung yang lebih rendah berbanding dressings salad yang lain.

Cuka epal turut mengawal trigliserida dan meningkatkan tahap kolesterol baik dalam tubuh anda, dan dengan itu, membantu mencegah penyakit jantung. Cuka juga mengandungi kandungan asid klorogenik, antioksidan yang terbukti secara saintifik untuk melindungi individu daripada penyakit jantung. Dos pektin yang tinggi juga menyumbang secara langsung kepada kesihatan jantung.



Khasiat cuka epal 5: memutihkan gigi secara semula jadi

Cuka epal juga boleh bertindak sebagai agen pembersih yang berkuasa. Ia bukan sahaja membantu menghilangkan kotoran pada gigi anda tetapi juga membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit gusi tertentu. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencampurkan separuh sudu teh cuka epal dengan secawan air. Kumur dengan menggunakan campuran air tersebut pada waktu pagi dan setelah itu anda boleh memberus gigi seperti biasa. Cuka epal mengandungi enzim yang memupuk pertumbuhan bakteria yang baik. Oleh kerana sifatnya yang berasid secara semula jadi, ia menanggalkan plak yang menempel pada gigi.

Khasiat cuka epal 6: mempunyai ciri antioksidan

Cuka epal kaya dengan sebatian bioaktif tertentu seperti asid asetik, catechin, asid gallik, asid kafein, dan lain-lain, yang memberikan sifat antioksidan yang kuat. Ciri-ciri antioksidan ini menghalang kesan radikal bebas yang boleh merosakkan DNA sel.

Khasiat cuka epal 7: membantu merawat candida

Candida adalah yis fungi yang hidup di permukaan kulit. Ia membiak dalam persekitaran berasid yang sering disebabkan oleh pemakanan yang buruk. Cuka epal mengembalikan keseimbangan pH dalam badan dan ia mewujudkan persekitaran beralkali dan menggalakkan pertumbuhan bakteria yang bermanfaat. Bakteria yang sihat ini berkemampuan membantu menyembuhkan candida. Enzim-enzim kaya yang terdapat di dalam cuka epal berfungsi mengawal kehadiran candida. Berdasarkan kajian yang dijalankan di Brazil yang bertajuk “Antifungal Activity of Apple Cider Vinegar on Candida Species Involved in Denture Stomatitis” yang diterbitkan pada tahun 2015, ciri-ciri antikulat cuka epal boleh bertindak terhadap Candida dan menawarkan manfaat terapeutik.

Khasiat cuka epal 8: meningkatkan kesihatan dan penampilan rambut

Cuka epal juga mempunyai pelbagai faedah untuk rambut anda. Pertama, ia meningkatkan keliangan (porosity) iaitu keupayaan rambut untuk menyerap dan mengekalkan kelembapan rambut. Ia menutup kutikel dan membolehkan rambut mengekalkan lebih banyak kelembapan. Walau bagaimanapun, cuka epal boleh menjadikan rambut mengalami kekeringan. Oleh itu, anda perlu menggunakan pelembap selepas menggunakannya.

Ia juga meratakan permukaan rambut dan mengelakkan kekusutan rambut. Cuka epal dikenali dengan fungsinya dalam merangsang pertumbuhan rambut, dengan itu membantu mencegah keguguran rambut. Anda juga boleh menggunakan cuka epal untuk merawat kekeringan hujung rambut. Hanya campurkan satu bahagian cuka epal dengan dua bahagian air, urut rambut anda dengan menggunakan campuran tersebut dan elakkan daripada terkena kulit kepala.

Cuka epal juga boleh membantu merawat kelemumur. Keasidan yang dimilikinya menjadikannya sukar untuk kulat (yang menyumbang kepada kelemumur) untuk berkembang biak pada kulit kepala anda. Hanya campurkan bahagian cuka epal dan air yang sama dan masukkan campuran tersebut ke dalam botol semburan. Selepas mencuci rambut anda, semburkan campuran tersebut ke rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas rambut anda. Gunakan campuran ini dua kali seminggu, dan anda akan dapat melihat hasilnya tidak lama lagi.

Khasiat cuka epal 9: merawat ketuat

Ketuat adalah satu pertumbuhan kutil kecil pada kulit yang disebabkan oleh virus. Tetapi kita tidak perlu risau mengenainya memandangkan cuka epal boleh merawat pertumbuhan ketuat pada kulit. Sapukan cuka epal pada bahagian ketuat dan tutupi kawasan ketuat tersebut dengan menggunakan band-aid. Biarkan ia semalaman dan tanggalkan band-aid pada waktu pagi. Ulanginya setiap hari, dan anda akan dapat melihat hasilnya dalam tempoh seminggu atau lebih. Beberapa laporan kajian mencadangkan bahawa penggunaan topikal asid asetik dengan kepekatan tinggi boleh membantu mengurangkan ketuat.

Khasiat cuka epal 10: membantu melegakan pedih ulu hati dan refluks asid

Pedih ulu hati dan refluks asid sering kali disebabkan oleh asid perut yang terlalu sedikit. Duka epal yang berasid, memberikan persekitaran asid yang sama seperti di dalam perut dan membantu pemecahan makanan. Ini boleh membantu mengubati pedih ulu hati atau refluks asid. Cuka epal juga mengandungi sifat-sifat antimikrob yang boleh menghalang masalah usus tertentu yang mungkin menyebabkan refluks asid.

Selepas membaca penulisan ini, anda mungkin boleh mengamalkan pengambilan cuka epal secara teratur di rumah. Tetapi ingat, sebarang pengambilan makanan atau minuman perlulah secara bersederhana dan tidak melampau. Penggunaan cuka epal secara berlebihan boleh menyebabkan ketidakselesaan di bahagian tekak selain menyebabkan kesan terbakar pada kulit jika disapu dalam jumlah yang tinggi atau tidak dilarutkan dengan air biasa terlebih dahulu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,802 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen