3 Sikap "Orang Bujang" Yang Mesti Ubah Selepas Nikah.

 

Sesiapa yang dah berkahwin pasti tahu bahawa perkahwinan itu sangat indah, tapi ia juga mencabar. Lain dengan zaman bujang bila anda boleh buat apa saja tanpa fikirkan masa, wang, atau perasaan orang lain. Seteleh kahwin, banyak tanggungjawab yang datang dengan ikatan pernikahan itu. Ada yang kena sama-sama tanggung bayaran rumah, luangkan masa dengan keluarga mertua dan sebagainya. Masa ini, anda dah tak boleh lagi ikut kepala sendiri. Semuanya perlu dibincang bersama. Pergaduhan kecil pasti terjadi, tak boleh lari. Ada masanya rasa berat dan susah nak pertahankan rumahtangga. Bila ini terjadi, apa yang anda boleh lakukan?



Sekarang cuba tanya apakah yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan rumah tangga anda itu? Ada beberapa cadangan yang boleh anda cuba...

1. Sedar.

Pastikan anda sedar yang anda mesti membuat keputusan untuk membaiki keadaan. Tidak ada apa yang akan menjadi baik sekiranya anda tidak membuat keputusan untuk berubah. Ini adalah tentang apa yang anda akan buat dan bukan apa yang anda harap suami lakukan. Jadi jika anda tidak boleh mengubah arah angin maka betulkan layar.

2. Tengok sikap suami.

Pasti suami anda itu baik orangnya. Jika tidak sudah tentu anda tidak menerimanya dahulu. Suami anda pun begitu. Dia juga sudah mengenali anda. Di dalam hatinya dia mahu merasa yang anda berusaha gigih membuatkan dia gembira. Sebagai isteri yang baik tentu ada satu atau dua perkara yang anda tahu boleh membuatkan dia gembira. Perkara itu sebenarnya bukanlah perkara yang terlalu besar. Kalau dia suka bawa bekal ke pejabat, maka sediakan untuknya. Jika dia suka anda cium pipinya, maka lakukanlah tanpa jemu. Perkara-perkara ini walaupun nampak kecil tetapi besar kesan kepada emosinya. Anda tidak rugi melakukan perkara begini kerana apabila dia gembira maka itulah masanya anda meminta dia melakukan perkara yang anda suka pula.



3. Baiki gaya dan layanan pada suami.

Ini daripada apa yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda:

'Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya'
(riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Bagaimana kita apabila bertemu dengan kawan lama atau kawan baik? Anda tentu tahu bagaimana gembira dan terujanya, bukan? Bagaimana pula gaya anda apabila bertemu dengan pasangan anda? Adakah gaya anda gembira dan teruja sepertimana bertemu dengan rakan baik anda? Hikmah perkara ini telah dipetik oleh Marni Feuerman iaitu pakar terapi perkahwinan. Menurut beliau keterujaan semasa bertemu dengan suami atau isteri adalah satu terapi dan baja yang menyuburkan perkahwinan.

Tiga perkara ini sangat berkesan untuk memperbaiki keadaan dalam rumah tangga. Selalulah ucapkan kata-kata elok kepadanya. 'Saya sayang abang', 'Saya cinta abang' atau yang seumpamanya. Tidak ada hati keras lelaki yang tidak lembut sekiranya mendengar kata-kata itu berulang-ulang kali.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 487,897 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen