Berkawan Dengan Bekas Kekasih Itu Tanda Anda Matang, Tapi Kalau Dia Ada 5 Ciri Ini. Baik Jangan.

 

Baru-baru ini, ada sejenis quote lah yang menyatakan bahawa “kalau berkawan dengan bekas kekasih itu tanda korang seorang yang matang”. Haaa… Pernah dengar atau tidak? Ataupun itu sekadar kata-kata sahaja dan tak boleh pakai langsung.

Tapi sebenarnya memang betul pun, kalau dah berpisah lepas itu mampu jadi kawan lagi itu memang tanda masing-masing seorang yang matang. Mana tidaknya, masing-masing tak terbawa-bawa dengan emosi malah perasan marah ataupun dendam.



Akan tetapi tak semua bekas kekasih boleh buat kawan. Malah nak rapat pun lebih baik jangan. Ini kerana, jika anda berkawan dengan dirinya ia hanya sekadar membawa masalah sahaja dalam hidup anda. Bekas kekasih yang macam mana? Yang ada 5 ciri ini.

1. Mereka yang masih ada niat nak anda lagi.

Cuba bayangkan anda berkawan dengan mereka seperti ini, tentu sahaja tak selesa bukan? Malah dia pun masih anggap anda sebagai kekasihnya kerana rasa tak move on lagi. Seronok ke berkawan dengan orang macam ini? Tentu sahaja tak bukan. Malah dia hanya menyukarkan anda cari pasangan baru je nanti.

2. Mereka yang lidah bercabang.

Bukan semua bekas kekasih yang berkawan dengan anda itu miliki niat yang baik. Boleh jadi depan anda dia macam pijak semut tak mati tapi belakang anda dia boleh pula mengata macam-macam. Depan kata nak kawan sebab tak nak bermusuh tapi bila belakang anda dia kata anda yang masih mahukan dirinya. Jadi sebelum ia menjatuhkan air muka anda atau apa pun, lebih baik jauhkan diri.



3. Mereka yang ada orang lain.

Tak semua kekasih bekas kekasih anda itu akan sukakan diri anda. Boleh jadi, nanti hanya menyebabkan pergaduhan dan salag faham sahaja. Jadi lebih baik kalau anda tak melibatkan diri dengan mereka yang seperti ini. Bukan itu sahaja, nanti nama anda juga yang akan buruk.

4. Mereka yang suka atur hidup anda.

Tentu sahaja mereka yang seperti ini agak merimaskan diri anda bukan. Jadi kalau dah rimas kenapa nak berkawan lagi. Cukup sekadar letakkan dirinya di kumpulan kenalan sahaja.



5. Stalker.

Selesa ke kalau berkawan dengan stalker ini? semua perkara yang anda nak lakukan semua nak ambil tahu. Banyak perkara menyebabkan mereka ini bahaya sebenarnya. Boleh jadi ia boleh rosakkan hidup anda. Baik jauhkan diri daripada bekas kekasih seperti ini.

Nak berkawan itu bukan tak boleh, boleh je. Akan tetapi fikirkan dahulu diri anda bukannya kata-kata orang. Bukan berdendam tetapi lebih baik berhati-hati.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,802 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen