Bimbang Macam Mana Nak Mulakan Satu "Hai" Dengan Jejaka Pilihan Anda. Apa kata Gunakan Taktik Ini.

 

Berkenan dengan seseorang lelaki, tapi takut nak mendekati itu adalah lumrah bagi seorang wanita yang memang mudah berasa malu. Namun begitu, kalau anda tak cuba untuk mendekatinya sampai bila anda hanya mampu memendam perasaan dan melihatnya dari jauh sahaja.



Tak salah kalau orang perempuan nak mulakan dahulu. Jangan terlalu takut dengan istilah “pergi cari timba” kerana kalau tak ada usaha, mana nak datang jodoh anda. Namun begitu, bimbang apa yang perlu anda lakukan untuk berdepannya. Jom cuba langkah ini.

1. Be yourself

“Just show the real you. A healthy confidence can be very attractive," jangan berpura-pura untuk menjadi orang lain. Lebih anda tunjukkan siapa diri anda sebenarnya. Orang kata, pasangan yang baik boleh terima baik buruk anda bukan.

2. Be prepared

Siap-siapkan perkara yang penting macam topik perbualan, mental anda serta paling utama siap sedia untuk di reject. Nak berdepan dengan seseorang ini perlu ada keberanian, kalau anda rasa tak mampu jangan lakukan tapi kalau anda siap dan bersedia. Boleh anda cuba.



3. Cari tahu minat.

Untuk lakukan perbualan yang pertama tentu sahaja gunakan minat yang dia sukai. Ini kerana, ia mudah menjadi satu topik perbualan yang panjang. Malah anda juga akan lebih mudah untuk keluarkan pertanyaan yang tidak anda fahami. Lepas ini senanglah nak guna alasan untuk berhubung.



4. Bina kepercayaan diri.

Mungkin bukan satu perkara yang mudah, tapi kalau anda tak cuba untuk lakukan mungkin sampai bila anda tak akan tahu perasaan dirinya. Percaya bahawa anda mampu untuk kehadapan untuk kenalinya dengan lebih dekat. Percaya bahawa kalian mempunyai peluang untuk bersama.

5. Perhatikan body language dan eye contact

Bila kalian anda peluang untuk berbual atau apa pun, lihat akan pergerakkan tubuhnya serta eye contact beliau. Kalau kelihatan agak kekok itu mungkin perkara biasa untuk awal perkenalan tetapi kalau kelihatan tak berminat maka bersedia untuk move on.

Jangan takut nak mencuba. Mana tahu dia itu memang pasangan sebenar yang anda cari selama ini. Tak salah nak mulakan langkah walaupun anda itu wanita. Yang penting anda kena yakin. Siapa sangka dengan satu “hai” mampu membuat kalian saling mencintai.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,792 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen