6 Tanda Bekas Kekasih Anda Dah Move On, Tak Payah Nak Berharap Lagi Dah.

 

Ada yang masih berharap terhadap bekas kekasih lagi? Aik tak move lagi ke tu? Kadang kala memang ambil masa pun move on ini, tak boleh nak paksa-paksa sangat nanti jadi lain pula. Akan tetapi tak boleh nak layan sangat perasaan itu, nanti sendiri yang terluka.

Setiap orang ada pilihan nak move on seberapa cepat atau seberapa lambat, segalanya pilihan masing-masing. Akan tetapi kalau bekas kekasih anda dah move on, anda pula yang tak move on tentu tak syok bukan. Tapi macam mana pula kalau dia orang pun belum move on.



Aduh, masih berharap lagi nampaknya itu. Jangan nak bersangka baik sangat nanti anda sendiri yang tidur bertemankan air mata.

Okay, nak tahu bekas kekasih itu dah move on atau belum, jom tengok tanda ini.

1. Padam gambar dekat media sosial.

Kalau dulu ada gambar anda kini dah tak ada itu tandanya dia tak nak ada kaitan dah dengan anda. Nak paling jelas bila gambar yang ada berkaitan dengan anda pun dia padam juga. Kalau boleh dirinya tak nak ada kait langsung dengan anda. tak akan nak tunggu dia padam account dulu baru percaya.

2. Tak ada pertanyaan berita lagi dah.

Tak ada dah dia tanya rakan-rakan anda mengenai diri anda. Malah dia sendiri pun tiada nak call atau cari anda lagi. Haa.. itu namanya dia dah move on lah itu.



3. Hindari anda.

Tak nak jumpa dan kalau boleh tak nak terserempak kalau kalian tinggal di daerah yang sama. Tak nak bertembung antara satu sama lain. Ala, orang kata kalau dah benci tengok rumah pun tak nak.

4. Tak jawab call atau mesej anda.

Kalau anda call dan hantar pesanan tiada jawapan itu tandanya dia dah tak nak dekat anda dan sudah move on. Tak akan nak tunggu dia tukar nombor baru anda nak percaya dia tak nak anda dah.



5. Dah ada orang.

Sama ada anda dengar ataupun nampak dia sudah bersama dengan orang lain, itu cukup menunjukkan bahawa dia dah move on dari hubungan kalian. Jangan nak berharap lagi dengan dirinya. Cari sahaja orang lain.

6. Dah nak kahwin.

Kalau dah sampai tahap ini pun anda masih tak percaya, itu maknanya anda yang tak nak move on. Orang yang dah nak kahwin ini dah tak ingat pun anda, dia ingat kekasih hatinya sahaja.

Jadi tunggu apa lagi, move on jelah tak payah nak berharap apa-apa lagi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 505,182 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen