Bakal-Bakal Pengantin, Rajin-Rajinlah Sapu Ais Dekat Muka. Barulah masa Bersanding Muka Lebih Berseri.

 

Nak miliki kulit yang sihat dan cantik ini bukan satu perkara yang mudah, banyak perkara yang pelru dilakukan malah jangan lupa rajin pun penting juga. Sesiapa sahaja inginkan kulit wajah yang cantik serta idaman kalbu bukan, nak-nak lagi untuk hari bersejarah.



Kadang kala rutian harian yang penuh tekanan ini akan mempengaruhi keadaan kulit anda. Ais dikatakan dapat mambantu dengan meningkatkan peredaran darah ke wajah dan menjadikannya lebih cerah. Di Korea, trend ice facial sudah menjadi perkara biasa. Ini menjadi inspirasi kepada ramai wanita di seluruh dunia untuk menggosok ais pada wajah mereka agar kelihatan lebih mulus dan bercahaya. Nak tahu apa kebaikan ais untuk wajah? Ini dia…

1. Kulit Kelihatan Bercahaya

Menggosok ais pada wajah akan mengetatkan pembuluh darah dan memperlahankan alirah darah di kulit. Untuk seimbangkannya, tubuh akan mula mengepam lebih darah ke wajah. Sebab itulah wajah kamu tampak lebih cerah dan bercahaya!

2. Meningkatkan Penyerapan Produk

Ini adalah trik lama untuk memastikan kulit dapat menyerap semua produk yang kamu sapu ke wajah. Selepas memakai serum, krim atau sebagainya, lalukan ais di wajah untuk mengetatkan pembuluh darah dan mencipta efek tegang pada kulit. Ini membantu kulit menyerap produk secara maksimum.

3. Menghilangkan Lingkaran Gelap

Jika kamu jadikannya rutin, ia boleh membantu mengatasi lingkaran gelap bawah mata. Apa yang perlu kamu lakukan adalah rebus air mawar dan campurkan bersama isi timun. Bekukan sehingga menjadi ais kemudian sapu pada bahagian bawah mata. Tapi jangan harapkan perubahan sekelip mata. Rajin-rajinlah buat untuk lihat hasilnya.

4. Meredakan Jerawat

Bila kamu sapu ais di wajah, pengeluaran minyak di kulit akan berkurangan. Ini juga dapat membantu mengurang dan menyembuhkan jerawat, juga menyembuhkan jerawat yang timbul.

5. Untuk Mata Yang Letih

Mata dan letih dan sembap memang nampak tak menarik! Gosokkan ais dengan gerakan memutar dari bahagian sudut dalam mata hingga ke alis. Ini membantu mengurangkan sembap.

6. Mengecilkan Pori

Habuk dan kotoran boleh menyebabkan pori tersumbat, lalu terjadilah jerawat. Selepas cuci wajah, sapukan ais untuk mengetatkan liang pori. Ia boleh mencegah pengumpulan kotoran di liang pori dan kulit kamu akan kekal bersih.

7. Mengurangkan Kedutan

Walaupun kamu tak boleh lari daripada garis dan kedutan, kamu boleh mengurangkan penampilannya. Sapukan ais untuk mengawal kedutan dan tanda-tanda penuaan. Ia juga boleh mencegah pembentukan kedutan baru.

8. Melembutkan Bibir

Bibir kamu kering dan mengelupas? Sapu ais untuk redakannya. Selain itu jangan lupa minum banyak air agar kulit dan bibir kekal lembap.

9. Atasi Selaran Matahari

Ia penawar ajaib untuk kulit yang terbakar dek panahan matahari. Rajin-rajinlah sapu pada kulit, kamu akan lihat perubahan ketara pada kemerahan tersebut. Sunburns akan hilang perlahan-lahan dari semasa ke semasa.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,362 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen