Nak Macam Tak Ada Apa-Apa, Tapi 3 Tabiat Orang Lelaki Ini Buat Wanita Meluat.

 

Ada kalanya lelaki suka melakukan perkara yang menyakitkan hati. Walaupun perkara itu tidak disengajakan akan tetapi lama kelamaan ia akan menjadi satu tabiat yang sangat menjengkelkan. Nak-nak lagi mengjengkelkan pasangan anda.

Kalau orang perempuan selalu sangat dikaitkan dengan lambat, nak bersiap lambat, pandu kereta pun lambat dan pelbagai perkara yang orang lelaki meluat dengan orang perempuan ini. Tapi bagaimana pula dengan lelaki?



Tentu sahaja akan ada perkara yang orang perempuan pun meluat juga kalau lelaki lakukan perkara tersebut, tak kisahlah sama ada sengaja ataupun tidak. Akan tetapi selalunya orang lelaki tak perasan pun akan perkara sebegini.

Nak tahu apa yang orang perempuan meluat dengan lelaki? Haaa… ini dia.



1. Datang lewat tapi nak cepat.

Dah tahu orang perempuan ini lambat untuk bersiap, maka orang lelaki kenalah betul-betul set waktu yang tepat jika nak keluar bersama. Ini tidak, set masa lain bila tiba waktu lain pula. Paling sakitkan hati adalah mereka ini nak cepat pula sedangkan dia yang datang lambat tadi. Lepas itu kata orang perempuan pula yang lambat. Aduh, pening kepala.

2. Selalu sangat lupa plan yang dibuat walaupun dah ingatkan banyak kali.

Perkara yang paling kerap sangat berlaku. Dah plan awal-awal malah siap ingatkan lagi bahawa hujung minggu ada temu janji tapi last-last dia boleh pula keluar dengan rakan-rakannya dan lupakan segala janji telah dibuat. Sudahnya bila bergaduh kata tak ingatkan dia pula.

3. Jenis tak nak kongsi masalah tapi buat masalah dalam hubungan.

Mungkin orang lelaki ada ego mereka sendiri sampai tak nak kongsi masalah dengan pasangan, akan tetapi janganlah pula cari masalah dengan pasangan anda. Cuba untuk kawal emosi dan berlagak macam tak ada apa-apa kalau tak kongsi masalah itu. Ini dahlah buat muka, lepas itu buat perangai pula.

Orang lelaki selalu tak perasan akan perkara sebegini, bahkan mereka merasakan biasalah orang lelaki. Kalau masa bercinta bolehlah anda buat perangai macam ini, tapi selepas kahwin kalau macam ini lagi memang boleh timbul salah faham antara suami isteri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,802 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen