Sebelum Berkahwin, Jangan Lakukan Kesilapan Ini. Nak-Nak Lagi Yang Lelaki.

 

Setiap orang nak berkahwin bukan, akan tetapi apa persediaan yang telah anda lakukan untuk berdepan dengan jodoh anda? Bahkan apa yang telah anda lakukan sepanjang anda masih belum berkahwin ini?



Perkahwinan ini bukan macam main pondok-pondok, hari ini main sanding-sanding besok lusa dah bersanding dengan orang lain pula. Tentu sahaja anda mahukan perkahwinan yang hanya berlaku sekali sahaja seumur hidup anda bukan.
Baik anak dara mahupun teruna, selagi belum berjumpa jodoh selagi itulah banyak persiapan yang perlu dilakukan. Akan tetapi jangan pula anda tersilap langkah pula.

Haa… Ini sedikit pesanan daripada Akhtar Syamir buat lelaki yang bakal berkahwin. Jangan lakukan kesilapan ini sebelum berkahwin.

1. Buat hutang kereta 9 tahun.

2. Tidak memikirkan di mana mahu tinggal selepas berkahwin.

3. Tidak faham mengenai perbezaan perbelanjaan seorang diri dan berdua.

4. Tidak bersedia untuk berubah perangai baran.

5. Tidak bersedia untuk melepaskan masa untuk diri sendiri kepada pasangan.

6. Tidak cukup matang tetapi sudah mahu berkahwin.

7. Tidak pandai jaga diri sendiri tetapi nak jaga anak dara orang.

8. Diri sendiri malas tetapi nak jadi isteri orang.

9. Kebersihan diri tidak diutamakan.

10. Ego yang terlalu tinggi, tidak mahu mendengar pandangan orang lain.

11. Tidak faham konsep apabila berkahwin, keluarga pasangan menjadi keluarga sendiri.

12. Masih tidak "Move On" dari perhubungan yang lepas.

13. Masih menganggap kawan dan masa bersama dengan kawan lebih penting dari pasangan dan masa dengan pasangan.

14. Masih jadi anak emak.

15. Terlalu mendengar cakap kawan sehinggakan tidak percaya langsung kepada pasangan.

16. Tidak berfikir tentang kebarangkalian akan ada anak dengan cepat.

17. Tidak cukup ilmu berumah tangga sehinggakan tidak tahu untuk buat apa apabila isteri sedang mengandung.

18. Tidak sabar dengan karenah pasangan. Bakal menjadi masalah apabila ada anak nanti.

19. Tahap komunikasi yang amat rendah. Apabila sudah berkahwin nanti, ia akan jadi lebih teruk.

20. Tidak solat.

21. Tidak bersedia untuk berkongsi kewangan.

22. Tidak pandai menguruskan kewangan.

23. Banyak buat hutang peribadi.

24. Tidak merancang untuk membeli rumah.

25. Sering berbelanja lebih dari kemampuan.

26. Terlalu melayan pasangan dalam berbelanja. Bakal menyusahkan apabila sudah berkahwin nanti.

27. Tak bersedia secara mental untuk balik kampung berbelas jam bila kampung pasangan jauh.

28. Persediaan minda untuk menimbang yang mana lebih penting, keluarga atau kerja.

29. Tidak menghormati bakal Mentua.

30. Terlalu fokus pasal majlis kahwin dan tidak fikir kehidupan selepas berkahwin.

Itulah dia serba sedikit kesilapan pasangan sebelum berkahwin. Semoga dapat membuka mata pasangan-pasangan yang akan mendirikan rumah tangga supaya boleh lebih bersedia.

Apabila pasangan sudah bersedia dan faham, maka akan wujudlah keluarga yang positif, harmoni dan gembira.
 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,797 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen