Tips Terbaik Untuk Hadapi Perkahwinan Yang Diatur Keluarga.

 

Sesiapa yang sedang mempertimbangkan perkahwinan - terutama perkahwinan yang diatur keluarga - patut baca tulisan wanita ini yang semakin 'viral' di Facebook. Sejak ditulis pada 10 Disember 2016, 'posting' tersebut telah mendapat 10,000 reaksi, lebih dari 2000 'shares' dan 1000 'comments' di samping paparan di Buzzfeed dan BBC. Dalam tulisan beliau, Nazreen Fazal, seorang graduan London School of Economics (LSE), telah membincangkan konsep perkahwinan yang diatur melalui pengalamannya sendiri. Semuanya bermula bila dia ditemukan dengan calon suaminya. Dari situ, Nazreen pun menghantar biodata sepanjang dua mukasurat kepada lelaki tersebut. 'Satu mukasurat adalah tentang diri saya dan satu mukasurat lagi tentang apa yang saya mahukan dalam seorang pasangan. Dia pun membalas dengan tiga perkara tentang dirinya dan dia tanyakan saya tiga soalan yang lurus.', katanya. Biodata dirinya adalah perkara yang meyakinkan suaminya bahawa dia adalah calon yang dicari. Manakala Nazreen pula mengambil masa untuk pastikan pilihannya.



Selepas pertemuan pertama mereka, pasangan itu saling menghantar lebih kurang 80 email. 'Kami tidak menggedik, menggoda, bermanja atau berbual kosong. Ini adalah perbincangan serius tentang prioriti hidup kami, cita-cita kami, apa yang kami harapkan dari pasangan masing-masing dan sebagainya', kata Nazreen. Dia juga yang bertanyakan kebanyakan soalan. - tentang anak-anak, isteri bekerja, dan penderaan. Mereka saling berbalas email, bebual melalui Skype dan satu pertemuan dalam masa dua bulan sebelum kedua pasangan ini bersetuju untuk berkahwin. Pengenalan atau 'homework' sebelum perkahwinan ini telah membantu mereka mencorakkan hala tuju perkahwinan mereka. 'Dalam perkahwinan kami, kami saling melengkapi kekurangan dan kelebihan satu sama lain', katanya.



Nazreen juga menyentuh secara umum tentang perkahwinan yang diatur dan bagaimana ianya tak masuk akal bila ada pasangan yang tak kenal satu sama lain langsung sebelum upacara pernikahan. 'Ibu bapa berjumpa bakal menantu dan buat keputusan bagi pihak anak mereka. Apa logiknya di sini? Anda akan hidup dengan suami/isteri anda, bukan ibu mertua anda,' katanya. Tambahnya lagi; 'Bagaimana anda nak hidup dengan seseorang tanpa ketahui kalau anda sependapat dalam hal agama, kewangan, keluarga, hak dan tanggungjawab?'

Firman Allah SWT;

'Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.' (QS Al-Baqarah 2:187)

Pasangan anda telah diciptakan sebagai pakaian untuk anda dan anda pula adalah pakaian untuk mereka. Dan seperti pakaian, anda sepatutnya menjaga, melindungi dan menutupi cacat cela pasangan anda. Selain dari badan sendiri, pakaian anda adalah perkara yang paling dekat dengan anda. Tapi bagaimana anda nak dekat dengan orang yang langsung anda tak tahu latar belakang, ideology atau cara dia dibesarkan?



Sebagai anak, anda patut dengar pendapat ibu bapa. Ya, memang betul. Tapi anda pun ada tanggungjawab untuk siasat sendiri dan pastikan hala tuju masa depan anda. Bukan hanya terima tanpa usul periksa. Jangan terlalu fikirkan tentang majlis pernikahan tapi fikirlah tentang hidup selepas pernikahan. Dan jangan hanya terima kerana anda 'ditekan' oleh orang sekeliling. Akhirnya ini hidup anda. Susah senang nanti hanya anda akan rasai sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 366,374 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen