Bila Dia Selalu Sibuk Itu Tanda Dia Nak Lari Dari Anda. Eh, Dia Dah Tawar Hati Ke Dengan Hubungan Korang?

 

Bila hati dah tak nak ini, macam-macam lah alasan yang diberikan agar hubungan yang terjalin itu menjadi renggang atau sudah tak seronok macam dulu. Orang kata kalau main bab-bab hati ini memang tak boleh nak buat apa lah, sebab itu bukan kerja manusia. Buat macam mana sekali pun kalau dah tak nak memang tak boleh buat apa.

Ada orang bila dia tak nak, dia akan terus cakap yang dia tak nak.

Ada pula yang bila tak nak, dia beri beribu alasan.

Tapi, ada juga yang dah tak nak terus je menghilang.


Namun begitu, bila seseorang dah tak nak pada anda ataupun hati dah tawar pada hubungan tersebut, ada cara untuk anda ketahuinya. Nak-nak lagi melalui gerak gerinya.

1. Tiada lagi eye contact

Mula-mula yang paling boleh dilihat adalah, tiada lagi eye contact semasa berbual. Dia seolah-olah sudah hilang minat nak berbual dengan anda, di mana kalau dia dengar pun acuh tak acuh je. Haa… ini memang jelas lah yang dia memang malas nak layan anda dah.



2. Tiada lagi kata-kata manis dan manja

Kalau dulu adalah juga kata selamat malam, selamat pagi atau apa-apa pun. Sekarang ini terus senyap macam itu je. Tak ada dah kata-kata yang menyejukkan hati lagi. Semuanya macam nak marah je. Jadi macam mana nak ada kata-kata manis dan manja kan.



3. Mula menjauhkan diri hubungan agak renggang.

Bila si dia mula jauhkan diri dengan pelbagai sebab. Macam kejap itu kejap ini sampai anda sendiri rasa tak seronok pada hubungan anda, tentu sahaja anda patut sedar bahawa hubungan anda itu sidah semakin renggang. Nak-nak lagi bila dia selalu sibuk dengan hal sediri.

4. Tiada masa untuk anda lagi.

Kalau dulu sanggup sahaja lakukan apa sahaja untuk anda, kini semuanya tiada masa sahaja. Kejap sibuk hal itu, kejap sibuk dengan rakan-rakan. Sampaikan masa untuk anda tidak ada. Tak tahulah kalau itu sekadar alasan ataupun betul-betul.



5. Tiba-tiba hilang.

Yang ini paling sedih sebenarnya, bila anda dah beria-ria dengan dirinya, tiba-tiba dia hilang. Adakah dia tawar hati ataupun sudah tak mahu diri anda? Itu yang membingungkan.

Akan tetapi jika semua ini berlaku, jangan nak sedih sangat. Boleh jadi dia bukan jodoh yang anda tunggu. Dia hanya sekadar persinggahan buat anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,507 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen