Pink Nampak Lembut? Eh, Orang Lelaki Jangan Takut Dengan Warna Pink. Ini Tarikan Utama Wanita.

 

Bila bercakap mengenai warna merah jambu sahaja, tentu akan ramai lelaki yang merasakan warna tersebut tak sesuai buat mereka yang gagah dan macho itu. Ramai yang merasakan bahawa warna merah jambu ini lebih sesuai buat mereka yang lembut dan orang perempuan.


Sebenarnya anda salah, ramai wanita yang suka melihat lelaki memakai baju berwarna merah jambu. Nak-nak lagi warna merah jambu yang lembut. Warnanya memang sangat sesuai buat kuam lelaki, nak-nak lagi mereka yang berkulit cerah. Memang terus nampak handsome.

Jadi lepas ini kalau nak tarik perhatian wanita cubalah kenakan baju berwarna merah jambu. Berikut adalah sebab mengapa orang lelaki tak perlu takut akan warna merah jambu ini.

1. Merah Jambu lambang maskulin

Sejarah memberitahu merah jambu sebenarnya bukan warna melambangkan feminim sebaliknya menurut Pengarah Urusan Muzium di Institut Teknologi Fesyen, Valerie Steele, warna itu telah dipakai oleh kaum lelaki sejak kurun ke-18!

Malah kata Valerie, lelaki pada zaman itu terkenal dengan gaya pemakaian sut berwarna merah jambu yang mempunyai corak flora dan si pemakai akan dilihat sebagai seorang yang maskulin.



2. Anda bukan lagi kanak-kanak yang perlukan 'pakaian lelaki'

Merah jambu dan biru pada dasarnya bukanlah melambangkan jantina seseorang dan sudah tiba masanya anda keluar daripada zon selesa dan hanya memakai warna 'selamat'.

Warna itu sebenarnya sangat sesuai dipakai oleh kaum lelaki jika kena dengan gaya tertentu dan bukanlah dari atas ke bawah merah jambu!

3. Merah jambu menarik perhatian wanita

Lelaki semua tahu wanita sukakan warna merah jambu. Apatah lagi kalau anda yang memakainya? Lihat sahaja bintang Kpop yang gemar memakai warna tersebut dan menjadi kegilaan perempuan di seluruh dunia!

Senang kata wanita tertarik dengan lelaki yang memakai pakaian merah jambu. Inilah peluang buat yang masih single dan sedang mencari kekasih hati.



4. Merah jambu buat anda lebih menyerlah dan berkuasa

Ramai tidak tahu sebenarnya merah jambu melambangkan kuasa dan kekuatan malah pada 1991, reben berwarna merah jambu diberikan kepada peserta marathon sebagai tanda kekuatan selain digunakan pada minggu kesedaran kanser.

Malah satu kajian pada 2012 yang dilakukan oleh Cotton USA mendapati lelaki yang memakai warna merah jambu mempunyai pendapatan lebih tinggi daripada yang memilih warna lain.

5. Merah jambu sesuai dipadankan dengan semua warna

Merah jambu adalah warna versatil dan lelaki yang mempunyai tona kulit gelap lebih nampak kacak memakai warna merah jambu seperti carnation merah jambu, cherry blossom dan lavender merah jambu.

Tidak hanya warna kulit, merah jambu juga senang disuai padankan dengan pakaian berlainan warna biru, coklat yang memberikan impak visual berbeza kepada si pemakai.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,290 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen