Cari Lelaki Yang Masih Memberi Layanan Yang Baik Pada Anda Walaupun Ketika Bergaduh.

 

Wanita ini sama sahaja macam kanak-kanak, di mana dia sukakan perhatian, belaian serta disayangi. Bukan itu sahaja, bila dirinya disakiti, dia mudah untuk merajuk malah ingin selalu dipujuk. Sebab itu dalam mengenali wanita ini, anda perlu juga fahami kanak-kanak.

Sebagai wanita, anda tak boleh hanya pandang luaran di fizikal sahaja. Apa kata anda cuba mencari seseorang yang masih melayani anda dengan baik walaupun dalam keadaan marah. Ini kerana, apabila seseorang dalam keadaan yang marah, dia lebih untuk menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.



Kalau dia selama ini berpura-pura bahawa dia itu adalah orang yang baik, saat marah inilah anda akan nampak segala-galanya mengenai dirinya. Itu yang menyebabkan ada yang mudah beri kata-kata kesat, naik tangan malah anda juga yang dimaki. Bukankah itu semua hanya melukakan hati sahaja yang sememangnya lembut ini?

Macam mana nak cari seorang yang memberi layanan baik kepada anda walaupun disaat bergaduh dan salah faham?



Tentu sahaja, bila ada salah faham serta pergaduhan kecil yang mencetuskan kemarahan dirinya, dia masih lagi mampu menahan sabarnya. Di mana dia tak akan marah, akan tetapi cuba untuk menerima penjelasan anda dengan lebih tenang. Kira macam dia tahan marah itulah agar tak marah anda dengan keterlaluan. Ini dikira sebagai seorang yang penyabar.

Bukan itu sahaja, jika perkara-perkara sebegini berlaku, dia lebih memilih untuk tenangkan anda terlebih dahulu berbanding dirinya. Ini kerana, dia tahu bahawa seorang wanita itu lebih cepat untuk bertindak berbanding berfikir. Malah, wanita juga lebih banyak fikir akan satu perkara yang tak sepatutnya. Sebab itu dia lebih memilih untuk tenangkan anda dahulu.



Walaupun dalam keadaan yang marah, jelas pada wajahnya bahawa dia marah akan diri anda. Namun, dia masih lagi memberi layanan yang sama kepada anda. Tak anda pun nak masam muka ke, peril ke, tak nak bercakap ataupun melakukan perkara yang menyakiti hati anda. Sikap nya ini membuatkan anda sendiri memilih untuk meminta maaf kepadanya. Untung sangat kalau dapat pasangan macam ini.



Paling jelas nak cari seseorang yang masih memberi layanan baik walaupun dalam keadaan marah ini adalah mereka yang tak pentingkan egonya. Di mana, dia sedar bahawa ego itu tak akan membantu hubungan malah hanya akan merosakkan hubungan sahaja. Maka dengan itu, dia lebih memilih untuk selamatkan hubungan berbanding pertahankan egonya.

Agak susah sebenarnya naka jumpa pasangan yang macam ini, namun jika anda memilikinya tersangat beruntunglah anda dan jaga dirinya sebaik mungkin. Ini kerana, ramai lagi yang menantikan dirinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,669 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen