Percaya Atau Tidak, Bahawa Anak Tunggal Lebih Berdepan Dengan Masalah Bila Jalinkan Hubungan, Kenapa?

 

Terdapat beberapa keluhan yang menyatakan bahawa anak tunggal ini sukar untuk dikendalikan kerana sikap peribadi mereka. Walaupun pada awalnya kelihatan seperti biasa, namun lama-kelamaan sikap manja mereka ini akan terserlah.

Selalunya, orang lebih bimbang jika jalinkan hubungan dengan anak bongsu tetapi sebenarnya anak tunggal ini lebih rumit lagi. Apabila jalinkan hubungan dengan anak tunggal ini, untuk berdepan dengan masalah itu lebih besar kerana sikap mereka sendiri.



Nak tahu mengapa anak tunggal ini lebih merumitkan berbanding mereka-mereka yang lain? Walaupun tak semua begitu, akan tetapi ada yang begitu. Jom ketahui sebabnya;

1. Suka salahkan pasangan.

Mereka ini lebih suka menyalahkan pasangan walaupun kadang kala silap mereka sendiri. Sukar mengaku salah menyebabkan menjalinkan hubungan dengan mereka ini agak menyebalkan dan menyakitkan hati. Ini kerana, dalam hubungan perlu ada tolak ansur kalau sebelah pihak sahaja yang mengalah tentu tak ke mana hubungan itu nanti.

2. Sukar menerima pendapat orang lain.

Segala katanya orang lain perlu dengar dan ikut, tetapi apa kata orang lain sangat sukar sekali untuk dirinya terima dan ikut. Ini kerana, dia merasakan bahawa orang lain itu salah dan hanya dirinya sahaja yang betul. Susah juga nak faham orang macam ini.



3. Sukar memaafkan dan melupakan.

Hubungan akan menjadi lebih sukar kalau tak melupakan dan memaafkan kesilapan seseorang. Malah lebih takut kalau ia menjadi bahan ungkitan dalam hubungan. Jadi macam mana nak bahagia? Inilah salah satu sikap yang memberi masalah kepada hubungan anak tunggal.



4. Tak menjaga hati pasangan.

Apa yang paling sedih adalah mereka ini tak tahu menjaga hati orang lain terutama insan yang mereka sayangi. Ini kerana, mereka merasakan apa yang dikatakan itu adalah perkara yang betul dan pasangan mereka perlu alert akan perkara itu, sedangkan lebih baik menegur dengan cara yang berhemah tanpa melukakan hati pasangan.

Boleh jadi mereka ini bersikap sebegini kerana tidak mempunyai adik-beradik lain yang mungkin boleh mengajarnya menjaga hati perasaan seseorang. Namun, jika anda tulus mencintainya, didik mereka ini dengan cara yang berhemah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 538,869 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen