4 Sebab Kenapa Anda Kena Ambil Tahu Tentang Masa Silam Si Dia.

 

Setiap orang ada masa silamnya sendiri. Ada yang baik dan ada yang buruk. Yang pasti, setiap kenangan dan memori masa lalu tak dapat dihilangkan begitu saja. Semua yang pernah terjadi akan sentiasa menjadi sebahagian dari hidup kita. Bila menjalinkankan hubungan, pastinya anda nak kenal pasangan anda, kan? Apatah lagi kalau anda dah merancang untuk bernikah, jadi anda perlu ambil tahu tentang pasangan anda, termasuk masa silamnya.



Nah kami senaraikan sebab-sebab kenapa anda perlu ambil tahu tentang kisah hidup si dia;

1. Cegah rasa curiga dan ragu-ragu.

Sesebuah hubungan yang kuat perlukan kejujuran dan komunikasi yang baik sebagai asasnya. Kalau anda dan pasangan anda hubungan yang baik, pasti anda tak ada masalah untuk saling berkongsi kisah hidup anda. Bukan nak menghakimi atau buka luka lama. Dan anda pun tak perlu tahu setiap saat yang terjadi di masa lalunya, tapi cukup dengan tahu peristiwa-peristiwa penting contohnya cara dia dibesarkan, hubungannya dengan adik beradik, atau sejarah kisah cintanya supaya tak timbul rasa ccuriga di hati anda di masa depan.

2. Rancang masa depan dengan lebih baik.



Tak ada masa depan tanpa masa lalu. Dan selalunya dari pengalamanlah kita dapat belajar untuk menjadi lebih baik. Mungkin juga pasangan anda pernah buat silap di masa silamnya tapi jangan jadikan ia alasan untuk merendah-rendahkan si dia. Ambil hikmah di sebalik kejadian di masa lalu dan jangan ulangi silap yang sama.

3. Kenal si dia dengan lebih mendalam.

Memang kita tak boleh kenali seseorang berdasarkan masa silamnya semata-mata. Cuma bila anda tahu tentang masa silamnya, anda boleh fahami cara pemikirannya. Anda boleh kenali si dia dari sisi yang lain dan dengan lebih mendalam lagi. Dan anda boleh tahu cara yang lebih baik baik untuk berkomunikasi dengannya jika timbul masalah di masa depan.

4. Bina hubungan yang baik dengan orang-orang dari masa silamnya.

Mungkin ada orang penting dari masa silamnya yang anda tak tahu. Mungkin kawan baiknya semasa belajar dulu. Kalau dia penting, anda boleh tahu yang anda perlu bina hubungan yang baik dengan orang itu. Kalau mereka dah terputus hubungan, mungkin anda boleh bantu 'sambungkan' kembali pertalian itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,697 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen