Wanita Berusia 20an Sering Berasa Kesunyian, Rupanya Ini Yang Mereka Rasai.

 

Rasa sunyi dan sepi itu boleh datang kepada sesiapa sahaja. Malah ia juga akan menyerang kepada anda yang sedang berusaha mencari jodoh ini. Malah, mereka yang mudah berdepan dengan rasa sunyi dan rasa sepi ini adalah mereka yang berusia 20an dan di kalangan wanita. Kenapa bukan lelaki, ada juga lelaki tetapi sedikit sahaja, wanita lagi ramai.



Sebenarnya normal akan perasaan sebegini kalau anda tidak mempunyai rakan-rakan di sekeliling anda namun, tentu sahaja mereka yang mempunyai rakan pun ada juga yang mengalami perasaan sebegini. Nak-nak lagi mereka yang terlalu berdikari dalam mencapai keselesaan hidup mereka.

Akan tetapi adakah kesunyian yang dirasai itu kerana anda belum mempunyai pasangan dan berkahwin ataupun itu hanya sekadar mainan perasaan yang anda ikutkan sahaja?

Ini 5 sebab mengapa anda rasai kesunyian dalam hidup.



1. Tak mampu bahagiakan diri sendiri.

Tengok orang lain bahagia dengan keluarga mereka anda pula masih bujang. Tengok orang lain berseronok dengan rakan-rakan, rakan-rakan anda pula sudah berkahwin. Tengok orang lain berjaya anda pula masih sedang berusaha keras.

Rasa-rasa seperti inilah yang membuatkan anda rasa sunyi dan kesepian kerana anda melihat orang lain bahagia tetapi anda pula sebaliknya. Jangan rasa seperti itu, cepat atau lambat anda juga akan merasainya.

2. Tak mampu bahagiakan orang lain.

Teringin apabila mereka ada pasangan yang bahagia bersama dengan pasangan mereka. Teringin apabila melihat mereka sekeluarga bahagia bersama. Teringin apabila ibu bapa mereka bangga dan sayang akan anak-anak mereka. Akan tetapi anda pula, terpaksa berdepan dengan hubungan tak menjadi, desakan ibu bapa yang menyuruh anda berkahwin dan pelbagai lagi perkara lain.

Perasaan ini membuatkan anda rasa anda tak mampu untuk bahagiakan orang lain serta diri sendiri. Itu yang menyebabkan anda rasa sunyi sedangkan anda hanya perlukan perhatian dan kasih sayang sahaja.



3. Rasa cemburu akan orang lain.

Perasaan ini biasanya ada dalam setiap diri seseorang, cuma yang membezakan adakah anda tahu mengawalnya ataupun sebaliknya? Ini kerana rasa secemburu dan ingin memiliki membuatkan hidup anda tak bahagia, sedangkan anda sebenarnya lebih bahagia dari pandangan mata orang lain.



4. Terpaksa berdepan kegagalan bersendirian.

Bila rasa sunyi biasanya rakan-rakan serta ahli keluarga yang akan menggembirakan, akan tetapi berlainan pula dengan diri anda di mana terpaksa berdepan dengan perkara itu secara bersendirian. Anda kena berani untuk meluahkan barulah anda tak rasa sunyi.

Kalau segala perkara anda simpan sendiri, tentu sahaja ia akan menjadi beban buat anda.

Lihat kebahagaian diri sendiri, dan jangan pedulikan kebahagiaan orang lain. Cepat atau lambat, anda juga akan merasai perkara yang sama.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 620,907 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen