Tanda Kita Sayang Pada Pasangan, Apabila Namanya Tak Pernah Terlepas Dalam Doa Setiap Masa.

 

Selalunya apabila sayang akan pasangan tentu sahaja anda akan terbayang akan layanan yang baik. Taat dan setia bersama pasangan dalam susah mahupun senang malah pelbagai lagi perkara yang berlegar di kepala anda bukan.

Ya! Semua itu memang perlu dalam membina sebuah hubungan, namun tak akan lengkap hubungan itu apabila anda tidak berdoa untuk pasangan anda. Kasih sayang yang terbesar adalah apabila namanya ada dalam setiap doa anda.



Nak-nak lagi suami isteri, tak cukup kalau rasa sayang dan setia sahaja tetapi namanya tak ada dalam doa anda. Macam perkongsian Muhammad Hassan ini, tanda kasih sayang suami isteri itu apabila namanya disebut dalam setiap doa-doanya.

Tanda kita sayang kepada pasangan, kita tidak pernah lupa untuk sentiasa mendoakan kebaikan buat si dia.
Malam ini doa untuk suami;

"ya Allah ini suami saya, saya sayang dia lebih dari diri saya, ya Allah ampunilah segala dosa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintahMU, jadikan dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak"

Para suami bangun malam,doa untuk isteri:

"Ya Allah ini isteri saya, siang malam penat, susah payah untuk saya dan anak-anak. Jagalah dia baik-baik ya Allah, jagalah iman dia, pelihara maruah dia, jadikan dia asbab sama-sama masuk syurga, jadikan dia isteri yang solehah, tutuplah aib dia dari padangan saya, tukarlah aib dia kepada kebaikan"

Sama-sama doa, sama-sama cari redho Allah. Sujud lama-lama dalam solat tahajjud. Waktu ini Allah sangat hampir dengan kita. Tiada siapa lagi boleh dengar segala rintihan dan rayuan kita, wallahi hanya Allah segalanya.

Sebelum tidur Peluklah anak, isteri, suami. Moga Allah datangkan kebaikkan, kebahagiaan buat kita.

" Jagalah Allah, Allah akan jaga kita. Pasti"

Bangunlah pagi esok dengan penuh kebahagian. Orang yang bangun waktu malam ikhlas kerana الله, pasti الله akan bahagiakan dia sepanjang hari.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 614,293 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen