Mulut Masih Berbau Walaupun Rajin Gosok Gigi, Haa.. Bakal Pengantin Kena Awasi Perkara Ini.

 

Rasa tak berkeyakinan nak bercakap atau bila bertemu dengan orang lain. Bukan tak gosok gigi, malah kadang sehari sampai 3 hingga 4 kali gosok gigi tapi mulut masih sahaja berbau.



Sampai malu nak dekat dengan orang ini, macam mana nak cari jodoh kalau mulu berbau. Kalau mulut berbau di awal pagi itu memanglah normal. Tapi, ini tidak. Nafas masih cepat berbau sepanjang hari walaupun rajin membersihkan mulut. Tahukah apa puncanya mulut berbau meskipun sudah berkali-kali berus gigi?

1. Kafein

Elak kopi sebelum tidur. Begitu juga makanan pedas atau merokok kerana ia menyebabkan mulut kering sewaktu tidur dan menjadikan mulut busuk.

2. Tidak berus lidah

Permukaan lidah menyimpan banyak bakteria. Bersihkan lidah dengan berus gigi atau tongue scraper.



3. Makan banyak protein

Apabila makan banyak protein, kompaun dipanggil kerotene akan terhasil sewaktu proses pembakaran lemak untuk menghasilkan tenaga. Kerotene ini membuatkan mulut berbau. Jauhi burger dan daging proses yang lain.

4. Masalah kesihatan

Demam dan selesema boleh menyebabkan mulut berbau. Ini disebabkan oleh bakteria memakan cairan selesema dan menghasilkan bau busuk. Hidung tersumbat juga boleh menyebabkan nafas berbau kerana mulut cepat kering.



5. Ulser mulut & sakit gusi

Bakteria Helicobacter pylori penyebab ulser ini menyebabkan mulut berbau. Ambil antibodi yang sesuai untuk membunuh bakteria ini. Selain ulser, ia juga disebabkan oleh sakit gusi.

Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah:

• Gusi bengkak atau bernanah
• Gusi yang senang berdarah
• Gigi bergoyang
• Gigi sensitif
• Sakit pada gigi semasa mengunyah
• Terdapat karang gigi

Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut anda.

6. Tonsil

Tonsil pada tekak juga menyebabkan mulut berbau. Kumur dengan air garam untuk membuang bakteria yang melekat pada tonsil.

7. Makanan bergula

Bakteria dalam mulut memang suka makanan tinggi gula seperti snek dan manisan. Selain itu, biasanya buah-buahan kering juga senang terlekat pada gigi sehingga menjadi punca mulut berbau. Kenalah kurangkan makan makanan ini.

8. Masalah pedih ulu hati

Gastrik atau ‘angin’ dalam perut boleh menyebabkan penyakit pedih ulu hati. Penyakit ini menyebabkan mulut mudah berbau. Dapatkan rawatan daripada doktor untuk atasi masalah ini.



9. Gigi berlubang

Sisa makanan berkumpul dalam lubang gigi. Secara tak langsung, bakteria juga berkumpul dalam lubang ini sehingga menyebabkan gigi rosak dan nafas berbau. Lubang yang dalam ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak.

10. Kurang minum air kosong.

Jangan tak tahu pengambil air yang tak mencukupi untuk tubuh badan juga akan menyebabkan perkara ini. Di mana, anda disarankan untuk meminum 8 gelas air sehari untuk membantu tubuh badan anda. Jika tak ambil air yang cukup, bakteria akan membiak dalam mulut yang kering mengakibatkan mulut berbau.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,996 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen