Wanita Bijak Uruskan Kewangan, Jadi Idaman Para Jejaka.

 

Wanita pada zaman moden ini bukan seorang yang lemah dan mudah ditindas. Mereka ini seorang yang mudah untuk diperdaya lagi. Wanita sekarang ini sama sahaja dengan lelaki, mereka mampu melakukan apa yang lelaki lakukan, nak-nak lagi mereka yang berdikari dalam membina kerjaya mereka.



Apa yang hebatnya, wanita zaman ini juga bijak dalam menguruskan kewangan mereka. Di mana, dia tahu mencari duit, menghabiskan serta menyimpan duit. Dengar kata, wanita-wanita yang bijak menguruskan kewangan ini adalah wanita idaman para jejaka.

Mana tidaknya, selepas kahwin nanti kan wanita perlu uruskan kewangan rumah tangga, jadi jika mereka memiliki kemahiran sebegini, tentu sahaja akan mudah mendapat kepercayaan oleh suami untuk menguruskan kewangan. Tak payahlah suami nak bimbang kalau-kalau isteri mereka menghabiskan duit mereka sahaja.

Nak tahu macam mana wanita bijak menguruskan kewangan mereka ini?



1. Ada tujuan dalam kewangan.

Mereka tahu dan fahami tujuan pengurusan kewangan yang dirinya lakukan. Di mana dia tahu nak gunakan duit itu untuk masa depan, kecemasan atau apa pun. Malah dia juga mempunyai impian sendiri yang ingin dia bina. Tak kiralah nak memiliki bisnes, rumah ataupun kereta mereka sendiri. Terpulang pada mereka nak lakukan apa dengan duit yang mereka punya itu.

2. Sentiasa catat pengeluaran.

Apa yang paling jelas adalah wanita ini akan sentiasa catat segala wang masuk dan keluar. Di mana dia tidak mahu wang dia habiskan itu ke arah yang sia-sia. Kalau ada pembaziran maka dia akan menghadkan pengeluaran pada masa akan datang.



3. Ada tabungan untuk jangka masa.

Setiap perkara yang ada dalam hidupnya telah disusun dengan serapi mungkin. Di mana, dia sudah menyediakan tabungan tertentu untuk masa depan serta kebarang kali yang mungkin akan berlaku tanpa diduga. Mereka tidak mengharapkan duit dari lelaki tetapi memiliki aset sendiri untuk menyelamatkan diri sendiri.

4. Bijak dan tidak membazir.

Apa yang paling penting adalah, mereka ini tidak akan membazir untuk perkara-perkara yang tidak perlu. Di mana, mereka tahu kalau membazir untuk hanya akan menrugikan mereka sahaja. Namun, tetap sahaja mereka akan membeli barang keperluan yang mereka perlukan setiap bulan tanpa menyekatnya.

Orang kata kalau nak cari isteri kena yang pandai urus duit. Barulah lepas kahwin nanti boleh percaya isteri untuk menguruskan kewangan keluarga.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,523 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen