Perlu Ke Buat 'Surprise' Untuk Isteri?

 

Cuba bayangkan situasi ini. Balik dari kerja dengan tubuh yang letih, tiba-tiba ternampak jambangan bunga di atas katil. Ada pula nota romantik yang ditulis tangan oleh encik suami. Bagaimana agaknya perasaan anda ketika itu? Inilah indahnya alam perkahwinan. Saling memberikan perhatian kepada pasangan merupakan satu perkara yang menjadikan perkahwinan itu lebih bahagia. Malah anda akan terasa begitu dekat dengan jiwa suami apabila dia selalu memberikan kejutan yang tidak disangka-sangka. Kejutan romantik misalnya memberi bunga, hadiah ataupun sekadar sekeping kad ucapan penuh bahasa putis sememangnya membahagiakan. Terasa diri disayangi dan dicintai oleh suami. Walaupun tubuh letih, namun disebabkan teruja menerima hadiah kejutan, hilang rasa letih tersebut.



Bila-bila masa.

Untuk memberi kejutan kepada isteri, anda tidak perlu tunggu hari-hari tertentu. Boleh sahaja berikan kejutan pada bila-bila masa. Hal ini nampak remeh namun kesannya sangat baik untuk menambah kasih sayang antara suami isteri. Bukan sekadar pada hari ulang tahun kelahiran, ulang tahun perkahwinan ataupun kala pasangan menerima berita baik misalnya dinaikkan pangkat. Kejutan romantik maksudnya kejutan yang tidak disangka-sangka dan diberikan kepada pasangan untuk menggembirakan hatinya. Memberikan hadiah pada hari-hari biasa memberikan kesan lebih mendalam. Ini kerana isteri akan berasa sangat disayangi dan dihargai. Jika tidak percaya, cubalah anda lakukan. Lihat kesannya sendiri.



Hadiah murah pun boleh.

Memberikan hadiah kejutan kepada pasangan tidak perlulah hadiah yang mahal-mahal. Jika berkemampuan, tiada salahnya. Namun walaupun sekadar sepotong kek kegemaran isteri yang berharga belasan ringgit, itu sudah memadai. Misalnya kala pulang dari kerja, anda belikan isteri sepotong kek pavlova yang sangat digemarinya. Letakkan di atas katil dengan sekeping kad ucapan kecil bernilai RM1. Tuliskan pula ayat 'Awak tetap manis semanis pavlova ini.' Hal sebegini sudah boleh membuatkan isteri menitiskan air mata dan terharu dengan tindakan romantik anda. Begitu juga dengan bunga. Tidak perlu jambangan pun. Cukup sekadar sekuntum bunga ros atau bunga tulip. Itu juga sudah memadai untuk membuatkan kasih sayang anda berdua bertambah erat.



Ucapan terima kasih.

Apabila menerima hadiah kejutan daripada suami, jangan lupa memberikan ucapan terima kasih. Walaupun hadiahnya mungkin murah, namun penghargaan daripada isteri sangatlah penting. Jadi, usahlah terasa hati jika anda diberikan hadiah berharga murah. Anggaplah pemberian daripada daripada suami sebagai hadiah yang tidak ternilai harganya. Bukan harga yang penting sebaliknya ingatan daripada suami itulah yang lebih penting. Ucapan terima kasih disertai dengan senyuman dan ciuman sangat bermakna buat suami. Malah hubungan juga menjadi bertambah erat dengan kasih sayang yang tidak bertepi.

Bermanfaat.

Tujuan memberikan hadiah kejutan untuk isteri adalah untuk mengeratkan hubungan. Kejutan yang tidak disangka-sangka dengan hadiah dan kad ucapan sememangnya memberikan kesan positif dalam perhubungan. Dalam bahasa mudahnya, orang yang nak merajuk pun tak akan jadi merajuk. Justeru apabila isteri mendapat hadiah kejutan ini, bersyukurlah kerana suami anda sentiasa ingat kepada anda. Tiada yang lebih indah dalam perkahwinan selain daripada diri sentiasa dihargai dan disayangi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen