Jangan Biarkan Isteri Terus Menerus Berdikari, Takut Nanti Mereka Tak Perlukan Suami Lagi.

 

Kalau orang dulu-dulu, isteri akan begitu bergantung pada suaminya di mana, suaminya akan mencari nafkah serta menyediakan segala keperluan isteri. Maka isteri di rumah hanya akan menguruskan anak-anak dan rumah tangga sahaja. Segala keputusan dan apa yang perlu dilakukan untuk penambah baikkan dalam keluarga akan diuruskan oleh suaminya.

Berlainan dengan pasangan suami isteri yang sekarang. Nak-nak lagi jika si suami itu berkahwin dengan wanita yang mampu berdikari dan mempunyai pekerjaan. Mana tidaknya, situasi sekarang ini tak sama macam dulu. Sekarang ini, isteri kena bantu suami untuk menapung perbelanjaan keluarga malah membiarkan hidup anak-anak lebih selesa.



Akan tetapi, ada juga suami-suami yang melepaskan tanggungjawab mereka kepada isteri-isteri dengan mudah. Di mana, dia membiarkan isteri-isteri ini menyediakan nafkah, malah ada juga membiarkan isteri menguruskan segala-galanya tanpa bantuan suami. Dengan alasan si isteri mampu untuk lakukan semua perkara sendirian tanpa bantuan yang lain.



Memanglah mula-mula tak ada apa-apa, tapi lama-lama ia akan menjadi punca dan asbab mengapa hubungan semakin renggang. Nak-nak lagi si suami terus membiarkan isteri tanpa mempedulikannya. Mungkin di awal perkahwinan akan kelihatan begitu romantik, tetapi lama-lama lain pula jadinya.

Sedikit nasihat dari Firdaus Shakirin, buat para suami yang amalkan perkara sebegini dalam perkahwinan.

Berhati-hati wahai si suami...

Fitrah seorang suami itu suka dihormati dan rasa dihormati bila seorang isteri itu bergantung harap kepadanya...tapi pada masa kini, pada zaman sekarang ni, ramai isteri yang dah terlebih berdikari hasil daripada sikap suami itu yang banyak menyerahkan "tanggungjawabnya" kepada isteri...

Jadi, masih hormatkah seorang isteri pada suami sebegini?



Suami sekarang terlalu banyak membiarkan isteri membuat keputusan atau berfikir atau melakukan sesuatu itu dengan sendirinya lalu menyebabkan lama-kelamaannya, dia terbiasa dengan berdikari...terlalu berdikari...Suami sekarang juga terlalu kerap meninggalkan isteri bersendirian di rumah untuk keluar atas urusan "kawan-kawan" dan hobi...



Jangan biarkan terlalu banyak perkara dilakukan sendiri oleh isteri...bila terlalu banyak yang isteri buat sendiri, maka kebergantungan dia pada suami itu kurang, pengharapan pada suami itu kurang, dan hormatnya seorang isteri pada suami juga akan berkurangan...

Renung-renungkan...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,482 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen