Siap Sangka Wanita Cantik Pakai Kasut Saiz 7. Cuba Masing-Masing Check...

 

Setiap wanita mempunyai saiz kasut yang berbeza meski memiliki berat badan yang sama. Ini kerana kepanjangan kaki itu bukan bergantung kepada berat badan kita. Namun sering kita dengar bahawa saiz kasut yang ideal adalah saiz 7, betul ke?



Itu hanyalah tanggapan orang kita apabila bercakap tentang saiz kasut. Mengapa saiz 7 dipilih dan dikatakan lebih ideal bagi wanita? Ini kerana saiz 7 adalah saiz pertengahan, ianya tidak terlalu kecil dan tidak juga terlalu besar. Seringkali kita bayangkan bahawa wanita yang memakai kasut saiz 7 ini orangnya sejenis yang bersederhana dalam apa jua situasi. Eh ada kaitan ke?



Namun begitu, setiap kategori saiz ada kelebihan yang tersendiri. Wanita yang memakai kasut saiz 4 dan 5 dikategorikan sebagai comel kerana si pemakai dibayangkan memiliki tubuh yang kecil atau rendah. Untungnya mereka adalah dapat memakai kasut atau selipar saiz kanak-kanak yang paling besar. Contohnya jika berkenan terhadap kasut itu namun itu adalah kasut kanak-kanak, apa salahnya kalau nak beli jika kakinya muat?



Untuk mereka yang memakai kasut saiz besar iaitu 8 atau 9, untungnya adalah jika kasut wanita sudah habis, maka mereka boleh membeli kasut lelaki yang saiznya lebih kecil iaitu 5 atau 6. Biasanya kasut sukan lah. Saiz kasut lelaki lebih besar berbanding saiz kasut wanita. Jika saiz wanita 8, saiz lelaki mungkin 6.

Berbalik kepada tajuk asal, pemilik kasut saiz 7 adalah mudah untuk berkongsi atau meminjam kasut orang lain memandangkan saiz ini adalah yang terbanyak dimiliki oleh wanita. Maksudnya 50% daripada wanita memakai kasut saiz sederhana ini. Walau apa pun saiz kasut anda, usah risau kerana semuanya ada kelebihan tersendiri, dan yang paling penting ialah, anda masih memakai kasut, bukannya berkaki ayam.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,253 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen