Buat Lelaki, Apabila Pasangan Anda Jadi Api, Jadilah Hujan Untuknya.

 

Dalam perhubungan pasti ada pergolakan dan masalah tidak kira kecil atau besar. Masalah boleh terjadi disebabkan banyak perkara, adakala kerana diri sendiri, atau juga disebabkan orang lain yang tiada kaitan dalam hubungan tersebut.

Kadangkala, wanita lebih sensitif terhadap apa yang mereka ramal dan rasa. Jika pasangannya bersikap agak dingin dan lain dari yang sebelumnya, pasti timbul keraguan buat dirinya dan macam-macam perkara bermain di fikirannya.



Walaupun kadangkala semua itu hanyalah firasatnya saja dan ianya tidak berlaku sebagaimana dakwaannya. Namun apabila wanita mula bertindak menuduh apa yang tidak pasti, atau dengan kata lainnya serkap jarang, sebagai lelaki perlu lebih tenang menghadapi, jangan terus membalas dengan marah walaupun perkara itu tidak benar.



Emosi seorang wanita biasanya mudah panas tetapi mudah sejuk. Ketika dia masih panas dan teramat marah, elakkan untuk membela diri semahunya, malah beri dia ruang mengatakan apa yang ingin dia kata. Apabila penat, dia akan diam dan waktu itulah anda boleh slow talk dengannya. Wanita lebih senang apabila lelaki mengajak untuk slow talk berbanding melawan perbalahan yang dimulakan olehnya sendiri.



Pada awalnya marah seorang wanita itu boleh diumpamakan api yang menyambar. Buat lelaki, jangan terus simbah api itu dengan air yang banyak, takut nanti terpercik kepada diri sendiri, sebaliknya jadilah hujan yang menyiram api tersebut dengan kuantiti yang sedikit tetapi berpanjangan. Ia akan lebih berkesan untuk memadamkan api yang sedang marak dan besar.

Begitu juga dengan wanita, jika mendapati pasangan anda sedang marah, biarkan dahulu. Jangan terus melawan. Tunggu sehinga amarahnya berkurang dan reda, kemudian duduklah berbincang. Teknik ini pasti berguna dan berkesan demi mengelakkan daripada terus bergaduh dan bergaduh.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,294 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen