Jatuh Cinta Pandang Pertama, Anda Perlu Hati-Hati Dengan 4 Perkara Ini

 

Jatuh cinta pertama kali tentu sahaja akan memberi kesan yang mendalam. Lagi-lagi buat anda yang tak pernah merasai perkara sebegini. Cinta pertama ini apabila terluka rasanya sangat mendalam, di mana ia akan memberi satu kenangan yang hebat buat anda hingga anda tidak boleh move on darinya.

Sesiapa untuk akan merasai cinta pertama ini, tidak kiralah di saat anda masih sekolah, berkerja ataupun ketika sedang berusaha mencari pasangan. Nak jatuh cinta kali pertama ini mudah, ia boleh terjadi dengan beberapa saat dan dengan pelbagai cara.



Namun jika anda baru sahaja merasai ini buat kali pertama, anda perkara yang perlu anda hati-hati dan sentiasa waspada.

1. Jangan mengharapkan pertemuan pertama itu sempurna.

Ini bukan dalam drama, ini adalah reality. Boleh jadi pertemuan anda itu bukan sesuatu yang macam anda inginkan. Ia tak akan terjadi dengan begitu tenang dan semudah itu. Boleh jadi akan ada gangguan yang mengganggu pertemuan kalian.

Sebab itu, saat berjumpa kali pertama ini jangan memberi harapan yang tinggi terhadap si dia. Yang paling takut, kalau si dia itu tak sama seperti dalam gambar yang diberi.



2. Jatuh cinta perlukan dua hati bukan satu pihak.

Apabila anda merasakan jatuh cinta dan inginkan satu hubungan yang lebih jelas, pastikan dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti anda. Jangan hanya anda sahaja yang memiliki perasaan sebegitu, pastikan dia pun miliki yang sama. Barulah kalian boleh sama-sama ke tahap yang lain.

3. Jangan terlalu banyak berharap.

Cinta pertama ini adalah perkara yang paling tak terduga. Boleh jadi ia akan datang dengan penuh dengan pengajaran dan kebahagiaan. Malah ia juga boleh jadi satu hubungan yang tak menjadi. Tapi apa-apa pun yang terlalu berharap bahawa hubungan anda akan berjalan macam anda harapkan.



4. Hanya perasaan sesaat.

Ramai yang menyatakan bahawa cinta pertama ini adalah perasaan sesaat, di mana ia boleh berubah bila-bila masa sahaja. Malah, ia juga mampu pudar apabila melihat yang lebih baik darinya. Sebab itulah jangan terlalu berharap sangat.

Apa-apa pun, apabila anda baru sahaja merasai perkara ini, enjoy sahaja dan jangan terburu-buru.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,747 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen