Cinta Pertama Sukar Untuk Dipertahankan Tapi Mudah Untuk Kekal Dalam Ingatan. Ini Sebab Hubungan Anda Putus Di Tengah Jalan.

 

Sebelum berjumpa dengan seseorang yang tepat, setiap orang mempunyai sejarah mereka. Di mana, ada yang pernah gagal dalam hubungan cinta yang terdahulu, ada yang masih berharap akan hubungan cinta lama ataupun masih mengingati cinta pertama.

Bila bercakap mengenai cinta pertama ini, ia memang memiliki kesan yang mendalam bahkan tidak dapat dilupakan. Itu kerana, anda baru pertama kali jatuh cinta malah tak tahu dengan jelas apa yang terbaik buat hubungan anda. Walaupun memiliki rasa sayang yang mendalam, itu belum tentu lagi mampu mempertahankan cinta pertama.



Mungkin akan ada yang tertanya, mengapa cinta pertama tak pernah berhasil? Bahkan mengapa pula ada yang mampu membawa cinta pertama ini hingga ke jinjang pelamin.

Setiap orang memiliki cara yang berlainan dalam menempuhi hubungan mereka, begitu juga yang gagal serta berjaya. Namun apa-apa pun, sebenarnya setiap orang sudah memiliki jodoh yang telah ditetapkan.

Namun begitu, ada sebab yang jelas mengapa cinta pertama ini selalu gagal walaupun anda bersungguh-sungguh mempertahankan dirinya.

Antara puncanya ialah;

1. Belum cukup matang.

Pada ketika itu, anda masih belum tahu untuk memperjuangan hubungan anda. Segalanya hanyalah berdasarkan keinginan dan keegoan diri sendiri. Maka dengan itu, anda tak mampu pertahankan hubungan anda.



2. Masih muda.

Ketika saat muda, semua perkara ingin dicubanya. Jadi pada ketika itu anda masih lagi tak serius seperti sekarang ini. Anda sekadar ingin mencuba sahaja tanpa memikirkan apa kebaikan atau keburukan dikemudian hari. Cinta pertama itu memang sukar untuk kekal tapi mudah untuk diingati. Ketika itu anda masih belajar untuk mencari siapa diri anda sendiri.

3. Tujuan hidup.

Paling jelas, anda dan dirinya mempunyai perbezaan hidup. Boleh jadi salah seorang mula menyambung pelajaran dan salah seorang tinggal di kampung. Perbezaan sebegini biasanya menyebabkan kalian berpisah kerana hubungan jarak jauh dan tidak bersependapat.

Jangan nak kenangan cinta yang tak menjadi, lebih baik berusaha mencari pasangan sebenar anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,130 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen