Bila Tak Setuju Dengan Calon Pasangan Pilihan Ibu Bapa, Ini Cara Menolaknya Dengan Baik Tanpa Melukakan Hati Mereka.

 

Apabila usia semakin bertambah, tentu sahaja ibu bapa anda bimbang jika anaknya itu masih lagi bersendirian tanpa peneman. Mana tidaknya, ibu bapa selalunya takut sekiranya akan meninggalkan anak mereka yang bujang tanpa teman di sisi.

Selalunya apabila anak mereka ini masih belum membawa sebarang calon, maka ibu bapa akan cuba mencari calon buat anak-anak mereka. Mungkin akan ada sedikit desakan untuk membuat anak mereka terima calon mereka, namun mungkin anda masih boleh guna budi bicara yang baik.



Jangan terlalu kasar dengan ibu bapa anda, mereka ini hanya bimbang dan ingin yang terbaik buat anaknya. Mana ada ibu bapa yang mahu menyakiti hati anda sendiri, tentu sahaja mereka ini ingin melihat anak-anak mereka bahagia.

Mungkin anda masih belum bersedia nak terima seseorang dalam hidup, boleh jadi anda tidak berkenan dengan pilihan ibu bapa anda serta ingin memilih pasangan hidup sendiri. Jangan bimbang, ini ada beberapa cara untuk menolaknya dengan baik.

1. Berkenalan dahulu.

Jangan terus nak reject, tetapi cuba untuk berkenalan dengan pilihan ibu bapa anda. Ini mungkin akan menyejukkan hati mereka. Selepas itu baru berbincang dengan ibu bapa bahawa pilihan mereka itu tidak sesuai dengan anda. Tentu sahaja mereka akan memahami.



2. Sibukkan diri dengan perkerjaan.

Jika anda tidak mahu jawab dan takut melukakan hati mereka, maka sibukkan diri anda dengan kerja yang ada. Sering gunakan alasan sibuk berkerja dan tidak sempat memikirkan hal tersebut mungkin akan membuat ibu bapa anda kurang mendesak anda. Jangan terlalu berkasar dengan ibu bapa anda.

3. Pindah ke luar rumah.

Jika anda tinggal bersama mereka serta tidak tahan dengan desakan atau bebelan mereka, maka ambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut. Mungkin anda boleh mencari kerja yang jauh sedikit dari rumah. Ini dapat mengurangkan tekan yang anda hadapi.



4. Katakan perkara buruk si dia.

Mungkin perbuatan ini agak tidak baik, tapi bab hati ini mana boleh paksakan. Oleh itu, cuba beritahu ibu bapa anda mengenai sisi buruk si dia tapi pada masa yang sama masih jaga hati ibu bapa anda. Tentu sahaja ibu bapa akan dengar kata anda kerana dia mahu yang terbaik buat anda.

5. Bincang secara elok.

Tiada jalan lain melainkan anda dan ibu bapa berbincang secara elok. Minta untuk dirinya masa buat anda berfikir atau sebab anda menolak dirinya.

Apabila ibu bapa sudah masuk campur dalam urusan jodoh ini memang agak bimbang sebenarnya. Tapi itulah ibu bapa, mereka mahukan yang terbaik buat anaknya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,519 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen