Paling Ditakuti, Selepas 5 Tahun Kahwin Suami Berubah Hati...

 

Benar kata orang, 5 tahun adalah masa untuk benar-benar kenal siapa pasangan kita yang sebenar. Bagaimana jika selepas 5 tahun pasangan kita berubah hati? Perkara ini sememangnya tiada kena mengena dengan orang lain, tetapi ianya bermula dengan diri sendiri. Jika suami yang berubah hati, maknanya ia disebabkan diri dan hati suami itu sendiri.



Suami berubah hati dan mula pandang wanita lain selepas perkahwinan melewati usia 5 tahun, apa puncanya? Jika ditanya suami mungkin disebabkan penampilan isteri sudah tidak seperti dulu. Wajarkah perkara ini dijadikan alasan? Isterimu sudah bergadai nyawa untuk melahirkan zuriatmu, isterimu telah berkorban masa dan tenanga untuk menjaga dan mendidik anakmu, betapa mudahnya kamu melemparkan kata bahawa istserimu sudah tidak seperti dulu.



Ya, dulu dia diberikan segalanya oleh orang tuanya. Dia diberi kemewahan dana pa yang dia minta. Ingatkah kamu sewaktu kamu mendapatkannya dulu, pernahkah bertanya pada hati dan dirimu, mampukah memberi isterimu sebagaimana orang tuanya beri? Usah bercakap soal cinta dan kasih kerana kasih ibu bapa sememangnya tiada tandingan, kita berbicara soal keperluan. Bukan mahu katakana bahawa isterimu itu meminta emas permata, tetapi sedarkah mengapa dia sudah tidak seperti dulu, tidak secantik dulu?



Jika mahu isterimu cantik dan menarik seperti sebelum dia menjadi isterimu, maka siapkanlah apa yang dia perlukan, berikan apa yang dia pernah dapat. Jika mahu isterimu kelihatan seperti apa yang kamu mahu, beli dan beri apa yang boleh buat isterimu menjadi sepertimana mahumu.

Hubungan ini bukan untuk suka-suka sahaja. Bila ada masalah, bila hampir punah, baikilah. Mencari yang lain bukan jalan penyelesaiannya. Sejauh mana kau cari, kau takkan jumpa yang sempurna.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,752 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen