6 Idea Pilihan Photobooth Yang Simple Tetapi Memeriahkan Majlis Perkahwinan Anda.

 

Photobooth kini menjadi satu tarikan yang perlu ada pada majlis perkahwinan anda. Bukan sekadar untuk memeriah majlis perkahwinan tetapi ia juga untuk kenang-kenangan yang bakal diingati oleh semua orang. Mana tidaknya, nantikan gambar akan di upload di media sosial.



Namun begitu, sangat membazir jika anda menyewa yang mana mungkin akan menyebabkan bajet anda lari. Apa kata, anda membina satu photobooth yang jimat, murah serta hanya menggunakan barang yang ada di sekitar anda sahaja. Ala… kalau nak beli pun tak banyak.

1. Photo frame.

Rasanya ini selalu kita lihat di mana-mana. Photobooth yang menggunakan photo frame ini tersangatlah mudah. Di mana, anda hanya memerlukan satu kertas keras yang besar sesuai untuk dijadikan frame serta jangan lupa untuk hias sedikit. Selepas itu anda boleh pilih sama ada nak gantung ataupun diletakkan pada ruang photobooth yang telah anda sediakan.



2. Menggunakan kayu ala hipster.

Ada lihat kayu-kayu atau papan yang terbiar, jangan buang dahulu. Cuba gunakan barang ini sebagai prop di photobooth majlis perkahwinan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menggunakan kayu, tukul serta berberapa hiasan lain untuk naikkan seri photobooth anda.



3. Walldeco.

Nak lagi jimat tapi pada masa yang sama nak kelihat kemas dan manis sahaja. Apa kata anda pilih photobooth walldeco ini. Cara buatnya mudah sahaja, anda perlukan kain sebagai latar belakang serta hiasakan sedikit bunga atau balloon untuk naikkan seri photobooth anda. Nak hasilkan suasana romantik, jangan lupa untuk sertakan dengan sedikit lampu atau cahaya.



4. Gunakan flora untuk hiasa photobooth anda.

Nak lagi simple dan menari terhadap photobooth anda, apa kata anda gabungkan warna putih dengan daun-daun dari pokok yang segar. Cara ini pun mampu naikkan seri lagi photobooth anda. Nampak simple tapi paling mudah nak lakukan.



5. Manfaatkan kerusi yang memenuhi ruang.

Apa kata anda ambil sofa atau kerusi anda untuk jadikan photobooth di hari pernikahan anda. Apa yang anda perlukan adalah dengan sedikit hiasan untuk menaikkan seri photobooth itu. Kalau nak kelihatan lebih WOW, anda boleh gabungkan photobooth ini dengan yang lain.



6. Banner.

Kalau payah sangat, anda tempah sahaja banner yang sedikit besar. Tak payah nak hias-hias lagi dah tinggal letakkaan sahaja pada ruang yang anda mahukan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,968 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen