Bila Orang Lelaki Jatuh Cinta, Yang Tak Handsome Pun Boleh Jadi Handsome. Angau Teruk Dah Kiranya Itu...

 

Orang lelaki ini terkenal dengan sikap mereka yang ego dan kadang kala sombong bukan. Haa… itu kalau mereka ini jual mahal kalau mereka ini sedang angau bercinta, lain pula jadinya.

Orang lelaki bila mereka ini dah jatuh cinta serta sayang kepada seseorang memang berubah terus. Macam jadi orang lain dah, kalau dulu mereka ini ego dan sombong sekarang dah tak lagi. Banyak perkara yang akan berubah kalau orang lelaki mabuk cinta.



Siapa sangka yang keras-keras itu pun boleh jadi lain masa bercinta. Nak tahu kalau lelaki itu mabuk cinta atau tidak? Tengok 5 perubahan yang ada pada dirinya.

1. Dulu biasa-biasa bila dah bercinta jadi handsome pulak.

Kalau dulu mungkin tak ada orang pandang tapi kini, dirinya sudah tahu nak berhias, rapi kan diri serta mamakai wangian. Kalau dulu sekadar pakai baju dan seluar kini dia akan memilih nak pakai apa dulu. Sebab itu masa dia single taka da orang nak, tapi bila dah berpunya ramai pula beratur nak kan kekasih anda itu.



2. Ingat hal-hal kecil.

Selalunya kita ingat orang lelaki ini tidak akan ingat akan perkara-perkara yang kecil, akan tetapi kalau mereka ini tengah mabuk bercinta ini, segala perkara yang kecil akan jadi mudah. Mereka akan ingat bila tarikh lahir, hari istimewa kalian, pertama kali jumpa dan macam-macam lagilah. Tapi ini masa mula-mula dia sedang mabuk cintalah, lepas 4 atau 5 tahun kahwin, semuanya akan berubah.

3. Stalk media sosial.

Sebab takut kehilangan kekasih hatinya, dia akan mula melihat dan ingin mengawal media sosial anda. Di mana, dia akan mula lihat segala perkara yang berlaku sebelum anda dengannya lagi. Mana tidaknya, dia ingin tahu lebih dalam mengenai anda tetapi pada masa yang sama mereka ini pun cemburu juga.



4. Lebih kelakar dan menyenangkan

Jika dahulunya mereka ini seorang yang serius, sukar untuk berkongsi tapi kini dia menjadi lebih kelakar dan menyenangkan malah ada juga yang menjadi manja dengan pasangan mereka. Orang lelaki ini tak akan tunjukkan sikap sebenar mereka apabila dihadapan orang lain tapi bila di depan pasangan, dia akan menjadi dirinya sendiri.

5. Kongsi dengan rakan-rakan.

Kalau dia betul-betul mabuk cinta, dia akan sentiasa bercerita mengenai diri anda kepada rakan-rakannya. Malah setiap kali perbualan mengenai anda akan terlihat riak wajahnya yang begitu gembira dan bahagia. Namun dia tak berkongsi semua perkara dengan rakannya, hanya beberapa perkara sahaja lah. Jangan bimbang okay.

Orang lelaki ini bila dia sudah mabuk cinta, dia bukan menjadi orang yang sama lagi. Betulah orang kata bahawa cinta itu mampu mengubah seseorang, dari seseorang yang anda kenal menjadi kepada orang yang anda tak kenal.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,602 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen