Jangan Takut Nak Mulakan Hubungan Baru, Lakukan 5 Perkara Ini Tentu Sampai Ke Jinjang Pelamin.

 

Hubungan putus di tengah jalan, inilah perkara yang paling ditakuti buat mereka yang telah berikan kasih sayang, kesetiaan dan rasa cinta terhadap seseorang. Mana tidaknya, anda ingat dia itu jodoh anda rupanya anda hanya menjaga jodoh orang lain.

Sesiapa pun tentu pernah mengalami perkara ini, di mana hubungan putus di tengah jalan. Jangan bimbang, jangan sedih. Mungkin dirinya bukan jodoh yang anda cari tapi ada yang lebih baik sedang menanti anda.



Namun begitu, akibat daripada perkara ini tentu sahaja ramai yang bimbang malah merasakan takut untuk menjalani satu hubungan lagi. Takut kalau-kalau dikecewakan, tak menjadi serta patah hati lagi sekali. Jika sekali mungkin boleh terima, kalau kedua kali mahu takut untuk bercinta lagi.

Namun begitu, kalau anda nak berjaya dalam hubungan yang baru ini ada tipsnya. Ini 5 cara cinta sampai kahwin hubungan yang baru itu.

1. Jangan bandingkan.

Dalam hubungan yang baru ini, jangan bandingkan pasangan anda dengan pasangan dulu.

“Kalau dulu dia romantik, awak tak romantik.”

“Kalau dulu dia selalu bagi bunga, awak tak pernah bagi bunga.”

Perkara-perkara ini hanya akan merosakkan hubungan kalian sahaja. Jangan bandingkan mereka ini kerana mereka ini orang yang berlainan. Kalau nak yang sama, kembali semula kepada bekas kekasih anda.



2. Komunikasi.

Komunikasi ini penting dalam hubungan. Anda perlu bijak untuk luahkan dan bincangan setiap perkara dalam hubungan. Jangan nak pendam perasaan dan rasa sangat kerana nak jaga hati ataupun takut jika tak diterima. Hubungan yang baik adalah bila kalian memiliki komunikasi yang baik antara satu sama lain.

3. Hormat pasangan.

Hubungan tak akan ke mana kalau anda tidak tahu menghormati pasangan. Menghormati pasangan ini sama macam anda menghargai dirinya. Jangan perlekehkan dirinya, ataupun merendahkan pasangan anda. Jika tiadak hormat menghormati antara satu sama lain dalam hubungan, memang sukar untuk kekal lama.



4. Belajar terima dirinya.

Paling penting dalam hubungan anda apabila anda belajar untuk terima dirinya. Siapa dia, apa kurang dan kelebihannya. Apa yang ada pada dirinya itu, itulah yang anda terima. Tak payah nak ubah-ubah dia, nanti jadi fake pula.

5. Setia.

Paling penting nak buat hubungan menjadi, tentu sahaja setia dalam hubungan tersebut. Kalau anda berlaku curang, dia pun begitu juga macam mana nak dapatkan hubungan yang berjaya hingga ke jinjang pelamin, maka setia inilah kunci hubungan bahagia dan berjaya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,802 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen